top of page

Kerajaan larang Lynas hasilkan sisa radioaktif di Malaysia



Kerajaan Persekutuan bertegas mengeluar perintah larangan untuk Lynas Rare Earths Ltd (Lynas) menjalankan sebarang aktiviti yang menghasilkan sisa radioaktif di negara ini selepas Julai 2023.


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Li Kang berkata keputusan itu dibuat selepas permintaan kilang memproses nadir bumi itu untuk menggugurkan empat syarat berkaitan aktiviti projeknya ditolak.


"Sementara mendapat lanjutan lesen selama 3 tahun, Lynas perlu mematuhi syarat yang telah dikenakan sejak Mac 2020 supaya aktiviti C&L yang menghasilkan sisa radioaktif akan dijalankan di Australia dan tiada aktiviti C&L dilakukan di Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang selepas bulan Julai 2023.


"Aktiviti lain yang tidak melibatkan penghasilan sisa radioaktif dibenarkan untuk terus beroperasi. Dalam erti kata lain, tiada lagi sisa radioaktif tambahan daripada Lynas selepas bulan Julai 2023," katanya.


Menurut Lih Kang lagi, perkara itu dimaklumkan secara rasmi oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom kepada Lynas Sdn Bhd pada 13 Februari lalu.

Sejak beroperasi di Malaysia pada tahun 2012, Lynas telah menghasilkan kira-kira 1.08 juta metrik tan sisa radioaktif (residu WLP). Jumlah sisa ini dijangka akan mencecah 1.2 juta metrik tan sehingga Julai 2023.


Sementara itu kata Lih Kang, kerajaan komited dalam mewujudkan persekitaran mesra perniagaan dan memahami kepentingan industri nadir bumi namun tidak membenarkan sisa radioaktif dihasilkan di negara ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page