top of page

Kerajaan komited wujudkan sistem kesihatan inklusif - Dr Dzulkefly



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan MADANI komited untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk penggubal dasar, pembekal penjagaan kesihatan, pertubuhan masyarakat sivil dan sektor swasta bagi mewujudkan sistem kesihatan yang mampan dan inklusif.


Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Malaysia perlu terus melabur dalam mengembangkan liputan kesihatan sejagat (UHC) dan mengukuhkan sistem kesihatan bagi mengelak keciciran.


"Meskipun Malaysia menikmati banyak kemajuan yang ketara dalam hal ini, masih terdapat jurang perbezaan dan rintangan yang perlu ditangani demi merealisasikan hak kesihatan untuk semua.


"Untuk hidup sihat, setiap individu memerlukan perkhidmatan kesihatan dan sumber yang secukupnya. Masa depan yang lebih cerah dan sihat, sama ada untuk kita atau generasi seterusnya, adalah hak bersama.


"Malaysia perlu meneguhkan iltizam untuk menegakkan hak kesihatan untuk semua tanpa mengira status sosioekonomi, lokasi geografi, atau sebarang halangan lain," katanya dalam kenyataan bersama wakil Pertubuhan Kesihatan (WHO) untuk Malaysia, Brunei Darussalam, dan Singapura, Dr Rabindra Abeyasinghe bersempena sambutan Hari Kesihatan Sedunia .


Dr Dzulkefly sementara itu berkata, sempena Hari Kesihatan Sedunia tahun ini, amatlah wajar melihat prinsip yang penting untuk mencapai kesejahteraan insan iaitu hak untuk hidup sihat.


Seperti juga negara-negara lain, katanya hak rakyat Malaysia untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang bermutu dan mudah kini menjadi semakin penting.


Bagi tujuan itu jelasnya, pelbagai daya usaha sudah dilaksana seperti membina fasiliti penjagaan kesihatan baharu di kawasan pedalaman.


"Di samping itu, Malaysia sudah mengagihkan peruntukan dalam bidang teleperubatan dan klinik kesihatan bergerak untuk menyampaikan khidmat kepada penduduk yang sukar mendapat perkhidmatan seperti di kawasan terpencil.


"Usaha seperti ini berjaya meningkatkan capaian dan mutu penjagaan kesihatan untuk masyarakat pedalaman dan merapatkan jurang perbezaan antara kawasan bandar dan luar bandar," tambahnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page