top of page

Kerajaan komited pastikan kebajikan masyarakat India - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 11, 2023
  • 1 min read


Kerajaan Perpaduan akan terus berusaha memastikan kebajikan dan tahap hidup masyarakat Hindu ditambah baik dan dilindungi.


Komitmen itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan sempena perayaan Deepavali yang disambut rakyat Malaysia beragama Hindu pada Ahad ini.


"Kerajaan perpaduan akan memastikan pembangunan sosioekonomi semua rakyat, pengagihan kekayaan yang lebih saksama dan bantuan kepada yang memerlukan disampaikan dengan lebih tuntas dan cekap," katanya.


Sementara itu menurut Perdana Menteri, perayaan Deepavali adalah satu daripada jalan dalam membangun Malaysia yang madani, hormat menghormati selain memelihara kerukunan antara kaum.


Justeru beliau meminta kejamakan (kelaziman) budaya di negara ini mesti terus dipertahan tanpa diganggu-gugat oleh mana-mana pihak.

"Sebarang percubaan untuk melemahkan tiang masyarakat ini mesti dipatahkan dengan sikap beserta nilai dan budi pekerti yang tinggi," tegasnya.


Perdana Menteri turut menyertakan ungkapan dalam Thirukural yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu iaitu: "Kebahagiaan yang berpunca daripada etika atau tatakelola yang baik merupakan nikmat yang sebenar, dan kegembiraan berpunca daripada sikap yang tidak beretika adalah penderitaan atau tidak membawa kebahagiaan yang mampan".


"Selamat Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page