top of page

Kerajaan komited mereformasi kadar gaji lebih baik setanding kos kehidupan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 7
  • 2 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan MADANI dilihat kekal komited untuk terus mereformasi kadar bayaran bagi pasaran tenaga kerja menerusi inisiatif Dasar Gaji Progresif (DGP), kata Azan Ismail.


Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas susulan kenyataan bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim yang berpendapat, gaji permulaan graduan sepatutnya bermula pada RM7,000 hingga RM8,000 pada waktu ini sekiranya meningkat secara berpadanan dengan kos kehidupan sejak 1980an lalu.


Azan yang merupakan Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) berkata, Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah beransur ansur melaksanakan pelarasan gaji berdasarkan petunjuk semasa sejak mengambil alih kepimpinan negara pada November 2022 lalu.


Katanya, Kerajaan Madani pada waktu ini telah menaikkan kadar gaji di sektor awam dari 15 peratus ke 40 peratus dan sektor swasta diberi sumbangan tertentu untuk menaikkan gaji pekerja sebanyak beberapa ratus ringgit sebulan.

Azan Ismail
Azan Ismail

''Saya sangat berharap pengumuman gaji atau kadar upah kepada golongan profesional itu akan memberi motivasi tinggi kepada mereka untuk bekerja dalam negara dan menumpukan kepada tawaran kerja dalam negara sendiri.


''Nanti tidaklah mereka fikir untuk bekerja di luar negara atau menawarkan diri kepada syarikat asing,'' katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Susulan ikhtiar Kerajaan MADANI untuk meningkatkan pendapatan rakyat pada masa akan datang, Azan menyifatkan, bakal graduan yang akan memenuhi pasaran pekerjaan perlu bersedia dengan tawaran-tawaran yang mungkin diberikan oleh pihak kerajaan kepada mereka.


Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN berkata, kerajaan kini sedang berusaha untuk merealisasikan DGP berdasarkan indikator yang sepandan dengan kos sara hidup.


''Kerajaan MADANI menawarkan satu tawaran yang sangat baik yang berpotensi unduk dicapai. Mereka (pekerja) hanya perlu bersedia,'' katanya lagi.


Terdahulu, menurut laporan media Muhammad Ibrahim menyatakan kadar gaji sebenar rakyat Malaysia telah menyusut hampir tiga kali ganda dalam tempoh 40 tahun ini.


Beliau berpendapat, selepas mengambil kira kadar inflasi tahunan sebanyak lima peratus, pendapatan setaraf untuk graduan universiti pada zaman sekarang sepatutnya mencecah RM7,000 hingga RM8,000 sebulan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page