top of page

Kerajaan komited beri perkhidmatan kesihatan terbaik untuk Sabah



Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengakui Klinik Kesihatan (KK) Luyang di Kota Kinabalu memerlukan perhatian serius dan tindakan lanjut susulan pelbagai isu infrastruktur.


Dipetik laporan Utusan Borneo, Dr Zaliha menjelaskan berlaku mendapan tanah yang menyebabkan keretakan bangunan dan pagar klinik.


Selain itu, terdapat juga keretakan ‘apron’, keretakan dan kebocoran ‘flat roof’, siling yang rosak disebabkan titisan air dari ‘flat roof’ dan isu pendawaian elektrik yang memerlukan pembaikan segera.


Terdahulu KKM memaklumkan Dr Zaliha mengadakan lawatan kerja bagi meninjau beberapa kemudahan kesihatan di Sabah.


Turut serta dalam lawatan itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak Hal Ehwal dan Fungsi Khas) Datuk Armizan Mohd Ali; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk James Ratib; dan Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Rose Nani Mudin.


Selain ke Klinik Kesihatan Luyang, Dr Zaliha turut mengadakan lawatan di Klinik Kesihatan Kinarut, Hospital Papar dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (Likas).


Dalam lawatan ke Hospital Papar, Dr Zaliha menjelaskan proses naik taraf hospital itu yang bermula pada Mei 2017, kini berada pada tahap 62 peratus.


Ia dijangka akan siap menjelang hujung tahun ini sebelum dapat beroperasi Mac tahun depan.


"Walaupun agak terbelakang sikit daripada jangkaan kita iaitu sepatutnya 70 peratus tetapi kita akan terus menjalankan perbincangan dan pemantauan bersama dengan Jabatan Kerja Raya, kontraktor serta beberapa pihak lain untuk kita pacu projek ini.


"Dengan terbinanya bangunan baharu Hospital Papar ini, ia akan dapat membantu lebih 100,000 ribu penduduk di daerah Papar serta kawasan sekitar bagi mendapatkan rawatan dan perkhidmatan kesihatan yang terbaik.


"Projek Naik Taraf Hospital Papar ini adalah bukti bahawa Kerajaan sentiasa komited untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan demi kesejahteraan rakyat di negeri Sabah," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page