top of page

Kerajaan Kedah elok tumpu masalah bekalan air daripada Lapangan Terbang KXP



Oleh: Helmi Mohd Foad


Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) atau lapangan terbang kargo KXP tidak serius dilakukan kajian pulangan ke atas modal oleh kerajaan Pas Kedah.


Menurut mantan Exco Kerja Raya, Bekalan dan Sumber Air negeri itu Datuk Ir Zamri Yusuf, kajian kebolehlaksanaan projek KXP pernah dibuat oleh Kerajaan Negeri sewaktu Pakatan Harapan memerintah Kedah pada 2019 tetapi kajian itu tidak diteruskan apabila kerajaan bertukar.


"Pada tahun 2019, kita sudah lantik perunding untuk buat kajian boleh buat atau tidak, tetapi bila dia (Sanusi) naik tukar perunding, sampai sekarang apa pun tidak jadi.


"Ini projek PFI, pelaburan mesti mengikuti pra syarat baru Kementerian Pengangkutan boleh buat kerja mereka (beri kelulusan). Kalau pra syarat tidak dipenuhi macama mana nak beri panduan," katanya.


Bagi Zamri, daripada terus berkeras meneruskan projek KXP yang tidak jelas pulangan modal atau untungnya lebih baik Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor menumpukan kepada menjaga kebajikan penduduk kedah.


Katanya, isu bekalan air yang masih bermasalah seharusnya diberi tumpuan sepenuhnya oleh MB Sanusi berbanding pelaburan KXP bernilai RM7 bilion tersebut.


"Keadaan sudah teruk (bekalan air), tahun depan lagi teruk, isu patut selesai tidak selesai," katanya


Jelas mantan ADUN Suka Menanti itu, sewaktu pentadbiran PH sebelum ini, pihaknya telah berjaya membawa masuk geran sejumlah RM1.2 bilion pada tahun 2019 selain pinjaman RM500 juta sebagai langkah penyelesaian isu bekalan air.


"Tapi selepas itu tidak ada follow up untuk realisasikannya. Tender telah dikeluarkan pada tahun 2020 tapi projek banyak tanpa follow up, tidak jadi selesai," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page