top of page

Kerajaan kecualikan syif 45 jam 82,000 petugas kesihatan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 12
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan MADANI bersetuju untuk mengecualikan waktu bekerja syif 45 jam seminggu kepada lima skim perkhidmatan kritikal di bawah Kementerian Kesihatan (KKM),


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan berkata, pengecualian itu sebagai tanda keprihatinan kerajaan atas kebimbangan disuarakan petugas kesihatan berhubung pelaksanaan waktu bekerja di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) itu.


"Kerajaan meneliti secara mendalam keperluan operasi serta hakikat tugas kritikal yang dipikul oleh petugas kesihatan yang terlibat secara langsung menyelamatkan nyawa pesakit dari katil ke katil tanpa mengira masa.


"Tanggungjawab sebegini menuntut tahap kesiapsiagaan fizikal, mental dan emosi yang amat tinggi," menurut kenyataan tersebut.


Kenyataan itu turut dikongsikan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di laman media sosial rasminya.


Berdasarkan kenyataan tersebut, pengecualian itu melibatkan seramai 82,637 petugas barisan hadapan, merangkumi jururawat, jururawat masyarakat, pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan, penolong pegawai perubatan serta pembantu perawatan kesihatan.

Susulan itu kerajaan bersetuju menetapkan waktu bekerja hanya 42 jam seminggu untuk kumpulan terlibat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page