top of page

Kerajaan jimat hampir RM23,000 sebulan sejak PM tidak ambil gaji

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 14, 2024
  • 1 min read


Kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaan sejumlah RM22,826.65 sebulan hasil daripada gaji yang tidak diambil oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik beliau dilantik ke jawatan nombor satu negara itu.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, jumlah itu merupakan penjimatan perbelanjaan kerajaan bagi peruntukan ke atas gaji pokok Perdana Menteri.


"Sejurus pembentukan kerajaan baharu, Kerajaan Perpaduan telah mengambil langkah-langkah awal penjimatan yang mana Perdana Menteri sendiri telah mengumumkan untuk tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri.


"Dalam hal ini, sepanjang tempoh perkhidmatan Perdana Menteri sejak dilantik pada November 2022, anggaran penjimatan perbelanjaan Kerajaan bagi peruntukan ke atas gaji pokok Perdana Menteri adalah berjumlah RM22,826.65 sebulan," katanya.


Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahmad Fadhli Shaari (Pas-Pasir Mas) yang dimuat naik di laman web Parlimen hari ini.


Berdasarkan kiraan, jumlah penjimatan menyeluruh sejak November lalu adalah melebihi RM300,000.


Anwar mengumumkan beliau tidak akan mengambil gaji Perdana Menteri sebaik dilantik ke jawatan itu pada 24 November 2022 selagi ekonomi negara tidak memberangsangkan.


Menteri-menteri Kabinet di bawah pentadbirannya juga memotong 20 peratus gaji masing-masing.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page