top of page

Kerajaan jamin 85% rakyat tidak terjejas kenaikan tarif elektrik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 1 min read

Kerajaan MADANI memberi jaminan perlindungan tarif elektrik akan terus dikekalkan bagi memastikan kira-kira 85 peratus rakyat tidak terkesan.


Jaminan itu dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof ketika kenaikan kos tenaga global dijangka memberi tekanan kepada kos sara hidup.


"Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 600 kilowatt-jam (kWj) sebulan tidak akan mengalami sebarang kenaikan.


"Sebarang pelarasan mungkin melibatkan pengguna yang menggunakan lebih 600 kWj sebulan serta beberapa sektor industri tertentu. Kerajaan sedang menilai keseluruhan impaknya supaya kenaikan itu tidak membebankan rakyat," katanya dipetik.


Fadillah sebelumnya hadir ke perhimpunan bulanan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), di Putrajaya pada Jumaat.


Beliau sementara itu menegaskan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal komited memastikan bekalan keperluan asas negara stabil, melindungi rakyat daripada tekanan kos sara hidup serta memperkukuh daya tahan ekonomi negara untuk jangka panjang.


Pelbagai langkah jelasnya sedang dilaksanakan termasuk bantuan bersasar, kawalan harga, pengukuhan keselamatan tenaga serta kerjasama strategik antara kerajaan, industri dan rakyat.

2 Comments


Game
Game
a day ago

thetinyfishing provides great value to the internet community by offering premium entertainment for zero dollars.

Like

Rose Black
Rose Black
2 days ago

Retro Bowl is an engaging football simulation game that combines classic pixel-style graphics with strategic team management and exciting gameplay.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page