top of page

Kerajaan gubal Akta Omnibus tahun ini - Kementerian Ekonomi



Kerajaan dijangka akan menggubal Akta Omnibus pada tahun ini bagi membenarkan perkongsian data dan penyimpanan awan (clouds) dalam kalangan agensi kerajaan.


Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Nor Azmie Diron berkata, pelaksanaan integrasi data daripada setiap agensi kerajaan perlu disokong melalui punca kuasa perundangan perkongsian data yang kukuh dan mampan.

Setiap pangkalan data jelasnya tertakluk kepada peraturan dan akta yang berkaitan menyebabkan kesukaran perkongsian data antara agensi.


"Sebahagian pangkalan data sedia ada pula lebih bersifat silo dan ‘non-interoperable’ antara satu sama lain.


"Keadaan ini menyulitkan perkongsian dan pengintegrasian data serta menyebabkan proses penyelarasan data Padu mengambil masa yang panjang," katanya dalam ucapan pembukaan sempena majlis peluncuran Pangkalan Data Utama (Padu) di Putrajaya pada Selasa.


Mengulas lanjut beliau berkata sesi libat urus yang berterusan pada pelbagai peringkat bagi menangani cabaran itu turut akan diadakan.


Pihaknya juga akan memberi perhatian serius berhubung risiko keselamatan dan kebocoran maklumat seperti yang dibimbangi sebahagian pihak.


"Aspek keselamatan data dan siber turut diberi perhatian serius melalui pengukuhan pembangunan sistem serta kerjasama strategik dengan semua pihak yang berkaitan," tambahnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page