top of page

Kerajaan gerakkan inisiatif stabilkan harga, tingkat pendapatan rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 16 hours ago
  • 1 min read

Datuk Armizan meninjau pelaksanaan PJRM di Anjung Seri, KPDN Putrajaya
Datuk Armizan meninjau pelaksanaan PJRM di Anjung Seri, KPDN Putrajaya

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan MADANI telah memperluas Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) bermula 9 Januari lalu sebagai langkah berterusan menangani tekanan kos sara hidup rakyat.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata pelaksanaan PJRM kini merangkumi semua 222 kawasan Parlimen, 600 Dewan Undangan Negeri (DUN) serta 40 zon di Wilayah Persekutuan.


"Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini berkaitan tarikh dan lokasi PJRM melalui Takwim PJRM yang dikemas kini di laman rasmi KPDN di https://www.kpdn.gov.my/en/jualan-rahmah," katanya menerusi hantaran di Facebook.


Terdahulu, beliau meninjau pelaksanaan PJRM di Anjung Seri, KPDN Putrajaya, yang diadakan setiap bulan bersempena hari gaji.


PJRM kali ini disifatkan begitu signifikan kerana bertepatan dengan pelaksanaan pelarasan gaji Fasa 2 penjawat awam.


"Penjawat awam kini mula menikmati pelarasan gaji keseluruhan sebanyak 15 peratus seperti telah dijanjikan kerajaan.


"Pendekatan ini mencerminkan nilai sebenar agenda Kerajaan MADANI dalam menangani kos sara hidup rakyat secara serampang dua mata, iaitu memastikan kestabilan harga barangan dan perkhidmatan, sambil meningkatkan pendapatan rakyat secara mampan," jelasnya.


Sementara itu menurut Armizan, Kerajaan MADANI sedang melaksanakan pelbagai dasar dan program termasuk peluang pekerjaan, peningkatan gaji minimum, pelaksanaan dasar gaji progresif, pemerkasaan keusahawanan, dan penyaluran bantuan tunai bersasar bagi merangsang peningkatan pendapatan rakyat.


Kerajaan turut melaksana pelbagai inisiatif lain yang berteraskan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page