top of page

Kerajaan galakkan pembangunan loji janakuasa solar terapung

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 5
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah melaksanakan dasar baharu bertujuan menggalakkan pembangunan loji janakuasa solar terapung di negara ini.


Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, antara inisiatif diperkenalkan termasuk mewujudkan kategori khas bagi solar terapung di bawah Program Solar Berskala Besar (LSS).


Selain itu, inisiatif lain ujarnya adalah membuka pemasangan solar di badan permukaan air di bawah Program Solar untuk Kegunaan Sendiri (SELCo).


''Sebagai contoh, bagi LSS kelima, daripada 2,000 megawatt (MW) yang dibuka secara keseluruhan, 500 MW diperuntukkan untuk solar terapung. Bagi LSS5+ pula, jumlah tersebut turut digandakan kepada 500 MW bagi projek solar terapung.


''Untuk perancangan bagi pembinaan solar terapung ini, kita perlu merujuk kepada garis panduan perancangan daripada Pelan Malaysia iaitu garis panduan perancangan pembangunan solar yang mana di situ dinyatakan kaedah atau proses yang sebaiknya.


''Sebagai contoh, daripada segi halangan itu sebenarnya dasarnya tidak menghalang, tetapi kita juga perlu mengkaji sama ada kawasan tersebut mempunyai keadaan yang sensitif terhadap alam sekitar dan sebagainya,'' katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timur) yang ingin tahu mengenai dasar kementerian dalam memperkembangkan projek-projek ladang solar melalui penggunaan tasik-tasik semula jadi dan lombong-lombong sedia ada.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page