top of page

Kerajaan dukung prinsip kebebasan berkarya, hasil seni tempatan bermutu



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan kekal dengan pendirian untuk tidak campur tangan dalam soal kreativiti dan percambahan idea serta nilai dalam karya seni tempatan.


Perdana Menteri berkata, kerajaan juga kekal mendukung prinsip kebebasan berekspresi menerusi karya anak-anak seni yang mesti disemarakkan.


Beliau menyatakan demikian selepas menonton filem Sheriff Narko Integriti di Kuala Lumpur semalam dan menyatakan rasa kagum dengan mutu filem dan tema yang diketengahkan pengarah Syafiq Yusof dalam naskhah filem aksi itu.


"Saya terkesan tatkala filem ini menjadikan isu integriti, rasuah dan salah guna kuasa sebagai tema utama.


"Saya sambut baik usaha murni pihak pembikin filem ini yang menyambut ketegasan kerajaan dalam mendepani masalah rasuah dan kelemahan tatakelola," katanya dalam catatan di Facebook hari ini.


Anwar berkata mutu perfileman yang begitu membanggakan itu juga menyakinkan beliau bahawa industri perfileman tempatan berkeupayaan untuk bersaing, termasuk di peringkat antarabangsa.


Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada seluruh pasukan yang terlibat dalam pembikinan filem Sheriff Narko Integriti.


Semalam Anwar dan isteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berpeluang menonton filem Sheriff Narko Integriti menerusi progam anjuran Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) di Putrajaya.


Turut hadir ialah Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, selain barisan pelakon seperti Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Aaron Aziz serta Elizabeth Tan dan penganalisis jenayah Kamal Affandi Hashim.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page