top of page

Kerajaan dicadang beri sokongan untuk pekerja MySTEP



Ahli Parlimen Bukit Bendera mencadangkan kerajaan melakukan sesuatu bagi menjamin peluang pekerjaan untuk kakitangan dalam Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP).


Syarleena Abdul Rashid dalam satu kenyataan berkata, ketika ini pekerja MyStep tidak mempunyai jaminan pekerjaan selepas mereka tamat kontrak.


Golongan itu tambahnya berdepan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan seterusnya dan mereka terpaksa bermula dari bawah kembali.


"Ini pastinya bukan sesuatu yang produktif malah counter productive.


"Bagi memastikan pekerja yang menamatkan program MyStep tidak berdepan isu ini, kerajaan perlu menawarkan sokongan dan peluang pekerjaan terhadap pekerja-pekerja terbabit," katanya.


MySTEP merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik.


Dalam kenyataan sama, Syarleena berkata, kerajaan boleh menjalinkan kerjasama dengan syarikat dalam industri berkaitan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada pekerja yang menamatkan program tersebut.


Kerajaan juga jelasnya boleh memberikan insentif kewangan kepada syarikat yang mengambil pekerja MyStep sebagai galakan kepada mereka untuk terus mengambil lebih ramai pekerja daripada program tersebut.


"Usaha ini akan membantu memastikan program ini berjaya dalam matlamatnya untuk menyediakan peluang pekerjaan bermakna kepada rakyat Malaysia.


"Selain itu, satu lagi perkara penting yang perlu ditekankan adalah keperluan untuk latihan dan sokongan berterusan untuk pekerja-pekerja MyStep.


"Usaha ini bukan sahaja dapat meningkatkan ‘kebolehkepasaran’ tetapi juga memastikan mereka boleh berdaya saing dalam pasaran kerja di samping mampu menempuhi cabaran-cabaran yang mendatang, tambahnya dalam kenyataan tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page