top of page

Kerajaan cuba selesaikan projek sakit sesegera mungkin



Kerajaan cuba menyelesaikan projek perumahan sakit dengan beberapa kaedah.


Menurut Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasir (PH - Johor Bahru) terdapat berpuluh puluh projek sakit yang sedang diselesaikan oleh kerajaan pada waktu ini.


"Sebanyak 47 projek dalam peringkat perancangan untuk mengenalpasti kaedah mekanisme untuk memulihkan projek tersebut melalui penyelesaian yang dipersetujui bersama oleh pemaju penyelamat dan pembeli.


"Kedua, sebanyak 45 projek dalam peringkat sedang dipulihkan dan 23 projek berada dalam peringkat statik yang mana sedang dalam penyelesaian isu perundangan


"Harga purata unit rumah yang dibeli dan harga unit rumah yanag dibina nilai Gross Development Value (GDV) dianggarkan RM7.6 bilion," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Chong Zhemin (PH - Kampar).


Tambah Akmal, kerajaan komited untuk mencari pendekatan yang berfokus dan berstrategi serta memberi impak yang positif bagi menyelesaikan isu projek sakit dan terbengkalai melalui penubuhan task force projek terbengkalai dengan menekankan 4 elemen utama, iaitu pengenalpastian, pengenalan, pencegahan dan cadangan model ke hadapan.


"Task force ini juga melakukan due dilegent bagi mengenai pasti cara terbaik menyelesaikan isu perumahan swasta yang terbengkalai yang kita tahu agak kompleks dan rumit.


"Dalam usaha memulihkan projek, KPKT menjadi mediator dan pemudah cara di atara pihak pemaju pemberi dan agensi pemegang taruh," katanya.


Dalam pada itu, Akmal berkata, KPKT sejak 2009 telah berjaya menyelesaikan 226 projek dengan melakukan beberapa cara, termasuklah menyiapkan rumah sehingga mendapat sijil layak diduduki (CF), penyelesaian pembeli dan pemaju di mana pemaju perlu bayar balik ke pembeli dan mengguna dana kerajaan untuk membangun insfrastruktur asas sehingga mendapat CF.

0 comments

टिप्पणियां


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page