top of page

Kerajaan cari kaedah agih petrol bersubsidi kepada nelayan, e-hailing, teksi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read
ree

Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan sedang meneliti beberapa isu melibatkan bot nelayan dan pengusaha bot enjin sangkut yang digunakan dalam pengangkutan air khususnya di Sabah dan Sarawak serta beberapa kawasan di Semenanjung bagi memastikan golongan terbabit dapat menikmati subsidi petrol bersasar RON95 di bawah Skim BUDI95.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta supaya beberapa perkara, termasuk isu melibatkan pemandu e-hailing dan p-hailing, diteliti dan diuruskan segera oleh Kementerian Kewangan (MOF).


''Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook juga telah minta agar dimasukkan sekali kumpulan pemandu teksi untuk menerima kuota BUDI95.


''Seperkara lagi, meskipun pengguna telah mengisi minyak bersubsisi RON95 di bawah Skim BUDI95 semalam, kuota subsidi petrol sebanyak 300 liter sebulan diperbaharui secara automatik bermula hari ini sempena bulan baharu.


''Jadi kalau ada sesiapa yang telah mengisi RON95 menggunakan BUDI95 semalam, maka hari ini kuota itu kembali kepada 300 liter,'' katanya dalam sidang media mingguan pasca mesyuarat Kabinet, di Putrajaya hari ini.


Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, jika kementeriannya, Kementerian Kewangan (MOF) atau syarikat minyak yang mengendalikan stesen minyak mengesan sebarang maklumat tular yang tidak tepat, kenyataan rasmi akan dikeluarkan segera bagi tujuan penafian dan memberikan penjelasan berhubung perkara berkenaan.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page