top of page

Kerajaan cadang wujud Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia



Oleh: Abdullah Zaid


Perundangan syariah akan terus diperkasa kerajaan dengan mewujudkan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti dan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM).


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, selain Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) pihaknya sedang mengerakkan inisiatif lain sebagai usaha pemerkasaan perundangan syariah negara.


"Sebenarnya pemerkasaan perundangan syariah telah dilaksanakan dan ia berlaku dengan begitu sistematik mungkin buat pertama kali kerajaan mempunyai courage (keberanian) bertindak secara menyeluruh.


"Bukan RUU 355 sahaja sebaliknya kita akan bawa beberapa RUU lain seperti RUU Mufti dan RUU Akta 505 serta beberapa lain," katanya kepada media.


Selain itu, katanya kerajaan juga dalam usaha menubuhkan Akademik Syariah Malaysia bagi meningkatkan lagi pengetahuan dan kapasiti mahkamah syariah.


"Moga-moga ia dapat dihasilkan agak keseluruhan ekosistem syariah akan diperkukuhkan," ujarnya.


Dalam pada itu, mengenai RUU 355, Zulkifli berkata sesi libat urus masih berjalan di bawah pengetahuan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan juga Majlis Raja-Raja.


"Setakat ini perkembangannya adalah seperti mana yang dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).


"Namun pemerkasaan perundangan syariah telah dilaksanakan begitu sistematik dan teratur," ujarnya.


Sebelum itu, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, cadangan Rang Undang-Undang 355 dibawah kendalian Bahagian Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah pun berada di peringkat akhir.


Justeru, katanya laporan tersebut akan dibawa ke Kabinet sebelum dibentangkan di Parlimen tahun ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page