top of page

Kerajaan cadang wajibkan eKYC media sosial menjelang suku kedua 2026

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3h
  • 1 min read

Datuk Fahmi menegaskan pelaksanaan eKYC menjelang pertengahan tahun hadapan perlu dilakukan
Datuk Fahmi menegaskan pelaksanaan eKYC menjelang pertengahan tahun hadapan perlu dilakukan

Kerajaan menyasarkan pelaksanaan pengesahan identiti pengguna (eKYC) sebagai syarat baharu kepada semua platform media sosial menjelang penghujung suku kedua tahun 2026.


Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, pengesahan identiti menggunakan dokumen rasmi seperti MyKad, pasport dan MyDigital ID itu bertujuan memastikan setiap pengguna dikenal pasti secara sah, sekali gus membanteras akaun palsu, scam dan judi dalam talian.


"Banyak daripada scammer dan judi dalam talian menggunakan akaun yang palsu. Jadi kita berhasrat untuk menggunakan proses Electronic Know Your Customer (eKYC), untuk membuat perkesahan identiti," kata beliau dipetik selepas merasmikan Program Hari bersama Komuniti NADI di Kota Marudu pada Rabu.


Fahmi turut menjelaskan, mekanisme itu juga sejajar menguatkuasakan had umur minimum 16 tahun untuk pembukaan akaun media sosial.


"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diminta mengadakan sesi libat urus dengan semua platform," tambahnya.


Dalam perkembangan berasingan, Fahmi memaklumkan bahawa kerajaan bercadang menambah sebuah lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Sabah.


Beberapa lokasi sesuai sedang dikenal pasti mengambil kira faktor lokasi, muka bentuk bumi serta populasi penduduk.


Fahmi berkata setakat ini terdapat 131 NADI di seluruh Sabah, iaitu jumlah kedua tertinggi di seluruh negara selepas Sarawak.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page