top of page

Kerajaan cadang buka kembali Wang Kelian, bantu ekonomi Perlis




Cadangan untuk membuka semula zon aliran bebas Wang Kelian yang dimansuhkan sejak 2015 sedang dipertimbangkan kerajaan.


Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Putrajaya menyatakan komitmen dengan kelulusan peruntukan RM30 juta dan antara perancangannya membabitkan pembangunan semula Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian serta kawasan Arked Niaga Wang Kelian.


"Komponen bagi pembangunan semula Kompleks ICQS Wang Kelian ini bakal menempatkan semua agensi keselamatan utama yang akan bergabung bawah Malaysia Checkpoints and Border Agency (MCBA).


"Komponen lain termasuk laluan empat lorong membabitkan ‘inbound’ dan empat lorong ‘outbound’ (laluan keluar dan masuk) berbanding hanya satu lorong ketika ini," katanya dipetik Berita Harian.


Saifuddin berkata begitu selepas melawat Pos Imigresen Wang Kelian di Padang Besar pada Selasa.


Zon aliran bebas Wang Kelian ditutup mulai 1 April 2015 sebagai langkah kawalan pergerakan keluar masuk dan sempadan bagi menyekat ancaman serta mengekang penyeludupan barangan terlarang.


Cadangan membuka semula aliran itu disambut baik pelbagai pihak termasuk Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail kerana mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan ekonomi negeri itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page