top of page

Kerajaan BN teruskan rancangan DNB pemborong tunggal 5G walau dibantah?



Kerajaan BN berkemungkinan besar akan meneruskan model monopoli dalam penjualan hak spektrum 5G walaupun dibantah keras oleh pembangkang sebelum ini.


Jurucakap Telekomunikasi KEADILAN, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, keputusan untuk meneruskan Rangkaian Pemborong Tunggal atau Single Wholesale Network (SWN) tersebut tanpa mengambil kira kepentingan rakyat amat dikesali.


"Model perniagaan ini diteruskan juga meskipun pelbagai pihak mengkritik pelaksanaannya di bawah Digital Nasional Berhad (DNB), sebuah syarikat bertujuan khas milik penuh Kementerian Kewangan," kata Syed Ibrahim.


Menurut Ahli Parlimen Ledang itu, tidak banyak media melaporkan keputusan kerajaan kecuali portal berita The Malaysian Reserve pada 7 Januari lalu yang memetik Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia sebagai mengesahkan keputusan berkenaan.


Namun, ujarnya, tidak jelas apakah itu keputusan kabinet yang dikatakan akan membuat keputusan muktamad pada Januari 2022 atau hanya keputusan segelintir Menteri.


"Pada sesi sidang Parlimen lalu, isu pelaksanaan 5G hangat dibahaskan oleh Ahli Parlimen terkait model pelaksanaan SWN, DNB sebagai syarikat tunggal monopoli dan isu tatakelola serta ketelusan dalam pelantikan DNB serta pelantikan pembekal peralatan 5G.


"Pada ketika itu terserlah kecelaruan antara pandangan oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.


"Juga soal ketelusan dan kadar harga borong kepada syarikat telekomunikasi utama timbul dan dipertikaikan sehingga tiada syarikat yang bersetuju untuk menggunakan jaringan 5G yang disediakan pihak kerajaan melalui DNB, kecuali dua. Itu pun mendaftar untuk percubaan perintis 5G bukan perjanjian borong.


"Kebimbangan yang paling menonjol ialah kemungkinan DNB menjadi sebuah lagi 1MDB memandangkan sifat monopoli yang ada pada syarikat itu dan kos penyediaan rangkaian yang besar," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Syed Ibrahim lagi, Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Yamani Hafez Musa sebelum ini berkata, kos keseluruhan bagi perkakasan dan infrastruktur rangkaian liputan 5G dianggarkan berjumlah RM12.5 bilion. Kos tersebut dijangka akan meningkat jika diambil kira kos korporat sebanyak RM4 bilion, maka jumlah besar kos boleh mencecah RM16.5 bilion.


Tambahan pula, katanya, penubuhan DNB dan pelantikan pembekal peralatan 5G dengan kos bernilai RM11 bilion telah dilakukan semasa Ordinan Darurat berkuatkuasa.


"Oleh itu, saya menggesa kerajaan bersikap terbuka dalam mengkaji semula pelaksanaan model pelaksanaan 5G melibatkan syarikat telekomunikasi sedia ada.


"Kaedah SWN mungkin dilihat mudah diurus kerana DNB ialah syarikat tunggal pelaksana, milik penuh kerajaan tetapi ia terdedah kepada risiko kegagalan tanpa pelan alternatif. Selain terbuka kepada faktor penyelewengan jika tiada unsur semak dan imbang kerana DNB dianggap syarikat swasta tanpa jaminan oleh kerajaan," katanya lagi.


Justeru, Syed Ibrahim menolak alasan kehilangan keyakinan pelabur asing akibat tidak meneruskan model SWN.


Tegas beliau, keyakinan malah lebih mudah terhakis jika kerajaan melaksanakan model monopoli. Hal ini kerana campur tangan kerajaan yang kurang sihat, kurangnya penerimaan pemain industri dan kecelaruan keputusan unilateral dalam keputusan Kementerian Kewangan menubuhkan DNB.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page