top of page

Kerajaan BN - PN Perak gagal tangani kenaikan kos pengeluaran petani



Kerajaan BN - PN Perak gagal menangani keluhan petani yang tersepit menghadapi kenaikan harga baja dan racun sejak kebelakangan ini.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Negeri Perak, Azam Afandi, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Umno gagal total dalam usaha untuk melegakan petani yang mengusahakan tanah pertanian di negeri tersebut.


"Kos harga baja dan racun meningkat berkali ganda dan gagal dikawal oleh kerajaan kepimpinan Umno.


"Sekiranya pekara ini tidak ditangani dengan kadar segera maka kos pengeluaran akan meningkat dan semestinya akan membebankan rakyat," kata beliau dalam satu kenyataan.


Justeru, Azam mendesak Kerajaan Negeri memikirkan bantuan yang sesuai untuk para petani atau mencontohi kerajaan Selangor yang memberi sedikit bantuan dalam sektor pertanian.


"Saya mendesak kerajaan Umno pada hari ini untuk membantu petani-petani tempatan menangani isu kenaikkan kos harga dengan segera agar tidak menjejaskan sektor pertanian dan menjejaskan kehidupan rakyat," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Komentáře


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page