top of page

Kerajaan bina asas ekonomi baharu depani isu ekonomi



Kerajaan bakal membina asas ekonomi baharu yang kukuh sebagai strategi mendepani kelembapan ekonomi dan ketidaktentuan nilai mata wang global, kata Menteri Ekonomi.


Rafizi Ramli dipetik program Agenda AWANI berkata, visi yang jelas itu memberi keyakinan kepada pelabur mengenai keupayaan Malaysia kekal berdaya saing meskipun dalam suasana ekonomi yang mencabar.


"Sebab itu kita ambil kira mengenai keperluan untuk memberi tumpuan kepada lima sektor strategik baharu, supaya dalam keadaan yang tidak menentu ini sekalipun kita terus menambah pelaburan-pelaburan untuk tambah kapasiti dalam sektor-sektor ini.


"Ini kerana, dalam satu atau dua tahun lagi ekonomi dunia akan kembali pulih. Apabila ekonomi dunia pulih, Malaysia akan mendapat laba. Itu tujuan perancangan-perancangan seperti Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12)," katanya dipetik.


Mengulas lanjut Rafizi berkata, semua pihak harus menerima hakikat bahawa dunia ketika ini berdepan dengan kelembapan ekonomi yang antara lain terkait dengan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, peningkatan harga barangan serta tenaga pada skala yang meluas.


Namun, beliau berpegang kepada prinsip kitaran ekonomi yang akan melalui fasa naik turun, dan kelembapan yang dihadapi ketika ini juga akan kembali melonjak dalam masa sekurang-kurangnya dua tahun lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page