top of page

Kerajaan beri peruntukan RM3 juta untuk Bulan Sabit Merah - Anwar



Persatuan sukarela perubatan Bulan Sabit Merah yang berusia 75 tahun di Malaysia amat perlu diperkasakan bagi memperkukuh semangat tolong menolong dan kemanusiaan dalam kalangan rakyat.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian di Majlis Perlancaran Sambutan Ulangtahun ke-75 dan Perasmian Ibu Pejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia di Kuala Lumpur, pagi tadi.


Katanya, nilai yang ditekankan oleh Persatuan Bulan Sabit adalah keperluan untuk melonjakkan semangat kemanusiaan.


"Kemanusiaan ini universal. Kalau kita lihat dalam pandangan Islam, falsafah Yunani atau falsafah Cina, diberi penekanan tentang nilai kemanusiaan segajat dan itu amat penting


"Dengan cara itu kita boleh berikan satu kefahaman murni, menolak kefanatikan, fahaman sempit yang mengekang kemanusiaan. Kemanusiaan itu bererti kita ada ihsan dan kasih sayang yang meletakkan kita sebagai manusia.


"Ini saya fikir satu hal yang (telah) dikembangkan (dengan baik) oleh Bulan Sabit Merah dan perlu diasak terus kepada para pelajar dan masyarakat muda di negara kita," katanya.



Ahli Parlimen Tambun itu juga mengiktiraf jasa Bulan Sabit Merah di negara ini yang banyak membantu terutama dalam menyelamatkan mangsa malapetaka, tanah runtuh, banjir dan juga misi keluar negara membantu pelarian atau mangsa perang saudara.


"75 tahun dalam sejarah Bulan Sabit Merah ini, bukan baharu. Dengan pengalaman mereka dan kalau kita lihat di media sejak dulu, setiap kali ada malapetaka, perang saudara, kehadiran wakil red cross ini amat bermakna, menyabung nyawa, mengambil risiko. Dalam sejarah kita lihat ada yang cedera dalam usaha mereka mencari jalan meringankan beban masyarakat.


"Oleh itu dalam konteks ini supaya kita lebih prihatin dan ada sikap kasih sayang. Jangan kita remehkan kerana anak muda dan golongan profesional yang menjadi sukarelawan yang masuk ke barisan depan itu kerana kekuatan nilai mereka," katanya.


Justeru PM mahu semangat berkorban dan sukarela itu dipupuk dalam kalangan rakyat tidak mengira usia.


Beliau juga mengungkapkan kekagumannya terhadap Bulan Sabit Merah yang turut terlibat dalam misi menyelamat mangsa gempa bumi di Turkiye yang beliau saksikan dalam lawatan ke negara tersebut baru baru ini.


Sehubungan itu, Datuk Seri Anwar mengumumkan tambahan peruntukan terutama untuk pengurusan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia yang lebih baik pada masa hadapan.


"Saya percaya kita dapat terus tingkatkan (khidmat). Bagi pihak kerajaan tentulah kita beri galakan dan rangsangan.


"Sebab itu Menteri Nancy Shuri sebut peruntukan dari kementerian beliau (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) sejumlah RM1 juta, RM1 juta dari NADMA, khusus untuk kerja kebajikan dan usaha di lapangan dalam dan luar negara.


"RM1 juga lagi kita setuju berikan untuk memperkukuh, memastikan penyelenggaraan, pengurusan ibu pejabat (Bulan Sabit Merah) di negeri-negeri supaya lebih mantap


"Saya ucap tahniah kepada rakan rakan kerana sumbangan yang sangat bererti bagi negara. Faktor keselamatan penting (dibantu Bulan Sabit Merah) kerana kita boleh bekerja dengan aman," katanya lagi.


Dalam majlis itu Anwar melakukan gimik perasmian bangunan ibu pejabat baharu Bulan Sabit Merah bersama Pengerusi Kebangsaan BSMM YTM Tunku Puteri Intan Safinaz.


Turut hadir di atas pentas adalah Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page