top of page

Kerajaan beri layanan sama untuk semua kaum, termasuk minoriti



Kerajaan MADANI memberi layanan yang sama kepada semua kaum sekalipun mereka hanyalah minoriti di negara ini.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan di Rumah Terbuka Hari Vaisakhi Negeri Perak 2024 di Stadium Indera Mulia di Ipoh pada Sabtu berkata, pentadbirannya tidak akan bertolak ansur dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara hebat yang mempunyai pelbagai kaum dan agama.

"Antara teras dalam konsep Madani ialah ihsan, kemanusiaan dan kita harus berusaha untuk mencapainya.


"Bila saya sebut miskin, saya tak kira kaum dan di negeri-negeri di mana ada kemiskinan tegar, saya kata kita mesti bantu dan saya tak mahu kita izinkan ini (kemiskinan) berlaku," katanya dipetik.


Semantara itu Anwar menegaskan, meskipun Bumiputera Melayu adalah majoriti, Islam agama persekutuan bersama-sama Bahasa Melayu dan Raja-Raja namun negara ini harus tegas dalam memelihara serta melindungi hak setiap rakyat Malaysia.


"MADANI ini ada empati dan kemanusiaan. Saya seorang Muslim, tapi saya tahu untuk memimpin Malaysia perlu ada ihsan (belas kasihan)," tambahnya.


Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri, A Sivanesan dan Pengerusi Jawatankuasa Sambutan, Baldip Singh Randhawa Santokh Singh.


Anwar sementara itu turut mengumumkan kelulusan peruntukan RM200,000 untuk kebajikan komuniti Sikh di Perak bagi keperluan kebajikan termasuk pendidikan murid daripada masyarakat minoriti berkenaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page