top of page

Kerajaan bentang RUU Kawalan Produk Merokok versi baharu


Oleh: Helmi Mohd Foad


Menteri Kesihatan hari ini membentangkan semula Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bagi bacaan kali pertama pada sidang Dewan Rakyat hari ini.


Dr Zaliha Mustafa berkata bacaan kali kedua rang undang-undang tersebut akan dilakukan esok, 29 November.


Terdahulu beliau menarik semula RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bagi bacaan kali kedua seperti yang tertera dalam No 4 Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.


Sementara itu, Dr Zaliha dalam kenyataannya berkata RUU tersebut adalah komprehensif untuk mengawal selia penggunaan vape dan rokok elektronik yang semakin meluas di negara ini selain bagi mengatasi kelompangan undang-undang sedia ada.


"Pembentangan RUU ini merupakan satu detik bersejarah memandangkan ini merupakan RUU pertama yang khusus dalam mengawal selia produk merokok.


"Insya-Allah, saya akan membuat bacaan kedua pada esok, 29 November 2023. Semoga RUU ini dapat dimuktamadkan dan diluluskan sebulat suara menjelang akhir persidangan Parlimen kali ini," katanya.


Pembentangan rang undang-undang itu menggantikan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 atau Generasi Penamat (GEG) yang dibentang bagi bacaan kali pertama pada 27 Julai 2022 oleh Menteri Kesihatan ketika itu Khairy Jamaluddin.


Bagaimanapun, pada 2 Ogos tahun lepas, Dewan Rakyat bersetuju Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dirujuk ke JPK Parlimen untuk diteliti serta membuat syor penambahbaikan ketika usul itu pada peringkat bacaan kedua.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page