Kerajaan benarkan peniaga makanan, minuman kecil guna LPG bersubsidi
- Suara Keadilan

- Aug 13
- 1 min read

Kerajaan akan terus membenarkan peniaga makanan dan minuman mikro serta kecil menggunakan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali (gambar) di Dewan Rakyat pada Selasa berkata, keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Jun lepas.
"Kabinet dan Kerajaan MADANI akan terus membenarkan penggunaan LPG bersubsidi kepada peniaga mikro dan kecil makanan dan minuman
"Pindaan akan dibuat terhadap Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 bagi memberi pengiktirafan rasmi kepada golongan tersebut," katanya dipetik di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau sebelumnya menjawab soalan mengenai tindakan KPDN berhubung kenaikan harga LPG yang membebankan peniaga luar bandar.
Armizan sementara itu menegaskan pihaknya sedang menjalankan sesi libat urus sedang dijalankan sehingga 31 Oktober bagi mendapatkan pandangan pelbagai pihak mengenai pindaan tersebut.
Selain itu, kerajaan akan mewujudkan mekanisme kawalan bagi mengelakkan ketirisan seperti pengalihan gas bersubsidi untuk kegunaan komersial.









Comments