top of page

Kerajaan bakal anjur pemukiman khas selaras SOP anti buli

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 23
  • 1 min read

ree

Kerajaan MADANI bakal mengadakan pemukiman khas bagi menyelaras prosedur operasi standard (SOP) mengatasi kes buli secara menyeluruh.


Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, pemukiman itu akan diadakan dalam masa terdekat susulan pindaan Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang berkuat kuasa Julai lepas, yang secara jelas mengkategorikan buli sebagai satu jenayah.


"Pindaan Seksyen 507 telah diperkenalkan dengan memberi definisi jelas apa itu buli dan menjadikannya satu jenayah. Maka, SOP dan beberapa perkara berkaitan perlu difahami oleh semua institusi.


"Pemukiman ini nanti akan menyelaras pendekatan di pelbagai institusi kerana mungkin di satu tempat caranya berbeza dengan tempat lain. Justeru ia perlu dibincang dan dimuktamadkan bersama," katanya dipetik.


Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan sementara itu menjelaskan, pemukiman itu akan membabitkan Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Pertahanan, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).


Sementara itu Fahmi memaklumkan, Jemaah Menteri telah menerima pembentangan cadangan menubuhkan tribunal kes buli kanak-kanak oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.


Azalina jelasnya telah meminta sedikit masa untuk menyediakan dokumen-dokumen berkaitan cadangan itu sebelum dibentangkan semula kepada Jemaah Menteri.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page