top of page

Kerajaan akan perkukuh pengurusan rantaian bekalan negara



Oleh: Azuan Ab Rahman


Tahap pengurusan rantaian bekalan di negara ini akan dipertingkat agar lebih kukuh, berdaya tahan dan responsif kepada gangguan.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Ke-6 Tahun 2024 diadakan pada Selasa telah bersetuju untuk melaksana usaha itu sejajar dengan objektif untuk membina sekuriti ekonomi negara.


Selain itu, kata PM, mesyuarat tersebut yang dipengerusikannya telah meneliti kertas pembentangan berkaitan “Membina Sekuriti Ekonomi Melalui Rantaian Bekalan Yang Berdaya Tahan”.


"Saya tekankan peri penting usaha ini sejajar dengan matlamat dan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.


"Sekuriti ekonomi bertambah penting terutamanya berlatar belakangkan kelemahan yang wujud ketika dunia bertarung dengan pandemik COVID-19," kata Anwar menerusi hantaran di laman sosial X.


Sementara itu tegasnya, kerjasama antara kerajaan, perniagaan dan organisasi antarabangsa mustahak dalam memudahkan perkongsian maklumat, menyelaras maklum balas dan membangunkan piawaian yang seragam.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page