top of page

Kerajaan akan galak lebih banyak pengunaan kenderaan elektrik



Kerajaan akan meneliti usaha membawa masuk lebih banyak kenderaan elektrik (EV) ke pasaran tempatan.


Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, dengan tumpuan kepada kenderaan EV berharga di bawah harga RM100,0000, ia dijangka akan memberi manfaat kepada rakyat untuk memiliki kenderaan itu pada harga yang lebih mampu milik.


Jelasnya, langkah tersebut juga diyakini dapat membantu mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai negara rendah karbon pada masa depan.


"Sekarang kebanyakan EV yang masuk dalam pasaran kita adalah RM100,000 ke atas, jadi kita nak pergi kepada pasaran yang lebih besar iaitu RM100,000 ke bawah.


"Itu kita akan tengok bagaimana kerajaan dapat main peranan bersama dengan kerjasama syarikat-syarikat automotif," katanya dipetik.


Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata kenderaan EV sememangnya boleh dijual pada harga rendah sekiranya pemasangan kenderaan dibuat di negara ini. Terutama membabitkan syarikat Geely yang memiliki kepentingan 49.9 peratus dalam Proton.

“Kerajaan sedang lihat bagaimana kalau kita dapat bawa masuk kenderaan EV yang lebih mampu milik, dan antara saya ingat, faktor penting adalah bila Proton sekarang akan bawa masuk kenderaan Geely dalam masa terdekat namun itu dari luar negara.


“Kalau kita dapat pasang kenderaan itu di Malaysia mungkin akan bantu kita untuk tawarkan kenderaan-kenderaan EV yang (harganya) lebih rendah,” kata beliau lagi.

Untuk rekod, kerajaan menawarkan insentif dalam bentuk pengecualian cukai langsung dan tidak langsung bagi aktiviti pemasangan atau pengilangan kenderaan EV, pembuatan komponen serta pembangunan ekosistem seperti fasiliti pengecasan.


Langkah itu selari dengan Dasar Automotif Nasional yang menggariskan inisiatif khusus bagi memperkukuh ekosistem EV seperti pembuatan komponen kritikal, penetapan standard dan menggalakkan aktiviti pembangunan dan penyelidikan, pengkomersialan dan inovasi untuk membangunkan teknologi tempatan.


"Untuk masa akan datang kita akan lihat kembali sama ada kerajaan dapat menambah lagi insentif untuk kenderaan berkenaan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page