top of page

Kerajaan akan baiki kelemahan dikesan dalam LKAN 2022



Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi memaklumkan kebanyakkan isu dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) telah mendapat perhatian Kerajaan Perpaduan.


Katanya, beberapa tindakan pembetulan dan penambahbaikan dilaksana pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk berkaitan pengurusan Program Penanaman Padi; Pengurusan Ramalan dan Amaran Banjir; Kelestarian Pengangkutan Awam Darat di Lembah Klang serta Projek Naik Taraf dan Pembangunan Semula Bangunan Daif di Sekolah.


Katanya, secara keseluruhan Jabatan Audit mendapati masih terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan aktiviti, projek dan program kerajaan dari tahun 2016 hingga 2022.


"Terdapat isu yang menjurus kepada kerugian wang awam, pembaziran dan pembayaran tidak teratur disebabkan kegagalan kementerian, jabatan, agensi dalam mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan.


"Pada masa sama, masih ada kementerian, jabatan, agensi yang kurang teliti semasa merancang aktiviti, projek, program serta pemantauan yang tidak konsisten dan tidak teliti," katanya dalam sidang media di Parlimen pada Rabu.


Terdahulu, LKAN dibentangkan di Parlimen selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong yang mana sebanyak 16 naskhah dikeluarkan dengan tiga naskhah membabitkan laporan audit peringkat Persekutuan, 13 naskhah lagi laporan peringkat negeri.


Antara yang didedahkan adalah sejumlah RM681.71 juta dana awam direkodkan hilang susulan kegagalan pelaksanaan enam inisiatif kerajaan dari tahun 2016 hingga 2022.


LKAN itu mencadangkan 261 syor audit untuk dilaksanakan kementerian, jabatan, agensi serta syarikat kerajaan yang diaudit di peringkat Persekutuan dan negeri.


LKAN 2022 peringkat Persekutuan akan dimuat naik di laman web Jabatan Audit Negara selepas pembentangan di Dewan Rakyat dan orang ramai yang berminat untuk mengetahui perincian laporan tersebut boleh mendapatkannya di laman rasmi Jabatan Audit Negara di https://lkan.audit.gov.my, dan juga dashboard Jabatan Audit Negara di h https://agdashboard.audit.gov.my/.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page