top of page

Kerajaan ada kuasa kawal harga minyak masak

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Jun 11, 2021
  • 1 min read

Ahli Parlimen Padang Serai, M Karupaiya menempelak kerajaan yang membenarkan kenaikan harga minyak masak.


Beliau menganggap ia adalah sesuatu yang tidak munasabah kerana harga naik sehingga RM 32 sebotol.


"Cuba bayangkan pada saat duit di tangan semakin berkurang tetapi harga barang keperluan naik secara mendadak.


"Adakah munasabah? Tolong jangan copy paste jawapan Menteri Kewangan iaitu ini bukan dalam kuasa kerajaan persekutuan," katanya.


Sebaliknya, Karupaiya menyifatkan kerajaan mempunyai kuasa untuk mengawal harga keperluan.


"Kerajaan ada kuasa untuk menentukan harga siling untuk barang keperluan.

Rakyat sedang menderita wahai kerajaan," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page