top of page

Keputusan wartakan semula hutan simpan angkat agenda hijau pentadbiran Selangor

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Sep 10, 2021
  • 1 min read


Keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) yang dinyahwartakan pada Mei lalu dianggap keputusan tepat dan meningkatkan keluasan kawasan hijau di negeri itu.


Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Najwan Halimi berkata, keutusan tersebut juga memperlihatkan kepekaan Kerajaan Negeri terhadap permintaan rakyat untuk didengar suara mereka dalam membuat keputusan.


"Saya menyambut baik keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk mewartakan semula HSKLU. Ia membuktikan Kerajaan Negeri merupakan pentadbiran yang bersifat responsif, cakna serta memegang prinsip akauntabiliti dan tata kelola yang tinggi.


"Ternyata desakan pelbagai segmen masyarakat merangkumi gabungan pertubuhan pencinta alam, pimpinan politik rentas parti termasuk warganet mencetuskan impak yang tinggi dalam tuntutan pembatalan nyahwarta HSKLU.


"Saya turut rakamkan penghargaan khusus kepada kepimpinan KEADILAN dan Pakatan Harapan yang konsisten dalam mempertahankan pendirian parti berhubung isu ini serta kepada Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor yang sebulat suara mendukung Usul No. 26 di bawah Peraturan Tetap 26 (1) yang dibentangkan oleh saya dalam persidangan Dewan Negeri Selangor pada 11 November 2020," katanya.


Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Selangor itu mengharapkan pewartaan semula HSKLU akan menyemarakkan lagi agenda hijau kerajaan Selangor dalam pentadbiran pada masa hadapan.


"Adalah diharapkan semoga keputusan bersejarah ini menjadi pemangkin buat Kerajaan Negeri Selangor untuk terus mengangkat agenda hijau dalam pentadbiran serta melaksanakan pendekatan pembangunan lestari yang menjamin kelangsungan alam sekitar, seterusnya menjadi contoh ikutan kepada pentadbiran kerajaan negeri yang lain," katanya lagi.


Sebelum ini, Najwan merupakan ADN yang lantang mahukan HSKLU tidak dibangunkan dan membuat usul sedemikian pada sidang Dewan Negeri Selangor pada 11 November 2020. Usul tersebut disokong majoriti anggota anggota dewan dan diluluskan.


留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page