top of page

Keputusan Speaker DUN Selangor Tepat, ADN Tidak Tinggalkan Bersatu



Oleh: Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil


ULASAN: Keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Lau Weng San yang mengisytiharkan kerusi DUN Selat Klang disandang Abdul Rashid Asari tidak dikosongkan telah mendapat kritikan daripada kepimpinan Perikatan Nasional (PN).


Ketua Pembangkang DUN Selangor, Mohamed Azmin Ali beranggapan keputusan tersebut sebagai menodai Perlembagaan negara. Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Abd Halim Tamuri pula mempersoalkan masa yang tidak diperuntukkan secara secukupnya bagi perbahasan berkenaan status kerusi DUN Selat Klang.


Tidak pernah umum keluar parti


Perkara ini dijawab secara berhemah oleh Speaker DUN Selangor di dalam sidang DUN Selangor bahawa Abdul Rashid Asari hanya menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar Selangor iaitu YAB Datuk Seri Amirudin Shari dan beliau tidak pernah mengumumkan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).


Keadaan tersebut tidak menjadikan Abdul Rashid Asari dianggap sebagai lompat parti, Speaker DUN Selangor menganggap Abdul Rashid telah dipecat (pemecatan terancang) daripada Bersatu mengikut tafsiran Perkara 71 (7A) Pindaan 2022 di dalam Perlembagaan Persekutuan.


Manakala percubaan Bersatu membawa tafsiran tersendiri berkenaan Perlembagaan Persekutuan untuk digunapakai terhadap Perkara 65A (2)(c) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 bagi mengosongkan kerusi DUN Selat Klang menemui kegagalan apabila Speaker membuat keputusan Abdul Rashid tidak pernah meninggalkan partinya tetapi beliau telah dipecat dari Bersatu. Justeru kerusi yang disandang Abdul Rashid kekal menurut keputusan Speaker DUN.


Speaker buat pertimbangan sewajarnya


Perkara kedua yang dibangkitkan oleh kepimpinan PN adalah ruang masa yang tidak mencukupi bagi mereka membahaskan status kerusi DUN Selat Klang. Perkara ini telah dirunding oleh Ketua Pembangkang bersama Speaker DUN Selangor 21 Jun yang lepas.


Penjelasan pihak Bersatu telah didengar oleh Speaker DUN dan beliau mengambil masa 21 hari untuk mempertimbangkan hujah yang di bawa oleh BERSATU bagi mengosongkan kerusi DUN Selat Klang. Masa yang secukupnya telah diambil oleh Speaker DUN Selangor untuk menjalankan siasatan sejajar dengan kuasa diperuntukkan kepada beliau melalui Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang memberikan beliau quasi-inquisitorial.


Selepas mendapati bahawa tiada bukti mencukupi dikemukakan oleh Bersatu maka Speaker memutuskan kerusi tersebut tidak perlu dikosongkan. Keputusan itu muktamad dan tidak boleh dicabar di dalam DUN Selangor menurut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.


Justeru, tiada gunanya berbahas panjang lebar di dalam sidang DUN selepas Speaker membuat keputusan. Malah kelaziman dalam pengamalan sistem Westminster menetapkan Speaker tidak boleh mengambil bahagian dalam mana-mana perbahasan dan soal jawab dengan dengan ahli dewan.


Perkara terbaik yang harus dilakukan oleh kepimpinan Bersatu dan PN pada masa ini adalah mencabar keputusan yang dibuat oleh Speaker DUN menggunakan saluran judisiari.


Usaha untuk mengelirukan rakyat menggunakan platform ceramah tidak mampu mengubah keputusan yang telah ditetapkan oleh Speaker. Perbuatan mengkritik keputusan ini menggunakan platform yang salah tidak lebih daripada cubaan untuk meraih simpati rakyat. Sebagai pemimpin sepatutnya kepimpinan Bersatu dan PN kurangkan bermain politik dan gunakan saluran rasmi bagi memperjuangkan tuntutan mereka.


___________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan Selangor

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page