top of page

Keputusan Pemilihan KEADILAN 2022: Melaka negeri pertama diumum keputusan penuh

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 29, 2022
  • 1 min read


Melaka merupakan negeri pertama yang diumumkan keputusan penuh tidak rasmi Pemilihan KEADILAN 2022.


Keputusan yang diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti itu merangkumi kesemua 6 cabang dalam negeri berkenaan.


Untuk jawatan ketua cabang, Cabang Masjid Tanah dimenangi oleh mantan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Melaka, Datuk Halim Bachik yang mendapat 294 undi menewaskan pencabar terdekatnya Amran Othman (290 undi)


Cabang Alor gajah pula, mantan Exco Melaka, Ginie Lim Siew Lin menang dengan 594 undi menewaskan pencabar terdekat Ahmad Abdul wahid (445 undi).


Cabang Tangga Batu, Ahli Parlimen Rusnah Alui menang dengan 370 undi menewaskan Md Yusof Abdullah (178 undi)


Cabang Hang Tuah Jaya, Ahli Parlimen Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mendapat 379 undi tewas kepada Mohd Rafee Ibrahim yang mendapat 488 undi


Cabang Kota Melaka, Mahani Masban menang dengan 150 undi menewaskan Mohd Ashiq Abd Samad (116 undi)


Manakala cabang Jasin, Jagatheason A/L Ramiah menang dengan 175 undi menewaskan Prasanth Kumar A/L Brakasam (96 undi)

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page