top of page

Keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai seks luar tabii: Mengapa Pas-PN senyap?



Keputusan Mahkamah Persekutuan beberapa hari lalu mengenai Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor, berkaitan jenayah seks luar tabii yang terbatal namun tidak diberi komen oleh pemimpin Pas dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat Melayu.


Bagi pakar Undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari, Pas sebagai parti yang lantang mengecam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sebelum ini kononnya menyebelahi golongan LGBT sepatutnya membuat kenyataan tegas berkenaan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.


"Mengenai peruntukan perlakuan seks luar tabii yang terkandung di bawah peruntukan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor saya telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar mengenai persoalan tersebut dan juga beberapa soalan untuk pentadbiran PN yang kita tahu waktu mereka berada di barisan pembangkang dahulu pelbagai tuduhan dilemparkan kepada pentadbiran PH.


"Mereka dakwa PH menggalakkan liberalisme dan memberi ruang kepada pengamal-pengamal LGBT. (Malangnya) setakat ini PN atau Muafakat Nasional tidak pun mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai keputusan yang perlu diambil serius oleh umat Islam itu.


"Daripada apa yang saya baca, keputusan itu penting dan memberi kesan mendalam kepada konsep persekutuan Malaysia. Bukan sekadar konflik persekutuan dan negeri, bidang kuasa mahkamah syariah dan sebagainya tetapi ia penting mengenai soal kerangka dan pelaksanaan yang menyentuh pembahagian kuasa antara pusat dan negeri


"Setakat yang kita lihat, keputusan Mahkamah Persekutuan itu bukanlah suatu berita baik kepada negeri-negeri yang telah diberikan bidang kuasa tentang agama Islam dan jenayah syariah," katanya dalam siaran langsung Facebook bertajuk 'Sidang Parlimen dan Pasca Soal Siasat', semalam.


Menurut Ketua Pembangkang DUN Perak itu, menteri PN tidak seharusnya cuba mengelak mengeluarkan kenyataan berhubung isu berkenaan.


Kata Aziz lagi, sebagai kerajaan yang memperjuangkan Melayu-Islam, PN seharusnya tegas menyatakan pendirian mereka di sebelah mana berkenaan keputusan itu.


"Ada beberapa perkara yang menimbulkan tanda tanya. Seharunya pihak-pihak seperti Pas harus memberikan kenyataan. Apa yang kita lihat pentadbiran PN nampaknya masih keliru dan lucu apabila menteri yang bertanggngjawab dengan potforlio agama di Jabatan Perdana Menteri, bekas Mufti Wilayah Persekutuan mengelak dan tidak mahu menjawab, kononnya mahu menumpu kepada soal Covid 19.


"Jadi ini satu perkara yang pelik. Ini bukan kali pertama senator itu berkata demikian. Ini perkara yang saya fikir serius apabila menteri tidak faham peranan beliau.


"Patutnya apabila media bertanya soal itu, menteri berkenaan memberikan jawapan yang tegas yang sekurang-kurangnya menyatakan pendirian kerajaan. Kerajaan punya tanggungjawab, terutama kerajaan yang merasakan (mereka pejuang) Melayu-Islam yang menuduh PH mempromosikan fahaman liberal dan sebagainya harus keluar dengan kenyataan tegas.


"Apa yang kita nampak mereka tak tahu nak buat apa. Saya syak menteri yang diberikan potforlio undang-undang pun masih kabur dan keliru.


"Kita harap mereka mengeluarkan kenyataan yang jelas. Bagi saya PH ada formula tertentu untuk tangani perkara ini. Kita sebagai kerajaan harus tegas dan berdiri (berpihak) di mana," katanya lagi.


Pada 25 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan usul dikemukakan oleh seorang lelaki berusia 35 tahun yang didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pada 21 Ogos 2019 atas tuduhan cuba melakukan seks luar tabii.


Keputusan itu sekali gus mengetepikan mengetepikan undang-undang Syariah negeri Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah.


Panel sembilan hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara memutuskan penetapan seks luar tabii sebagai jenayah di bawah Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan dan tidak sah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page