top of page

Keputusan Mahkamah Persekutuan hadiah paling berharga menjelang hari kemerdekaan



Keputusan Mahkamah Persekutuan dengan panel 5 hakim sebulat suara semalam mengekalkan hukuman bersalah ke atas bekas Perdana Menteri Najib Razak dan menghantar beliau ke penjara merupakan hadiah paling berharga kepada keluluhan undang undang Malaysia menjelang Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, dengan keputusan mahkamah itu prinsip kesamarataan kepada setiap rakyat, setiap individu menghadapi hukuman yang sama telah ditengakkan.


"Apabila lima orang hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak rayuan Najib Razak dan mengekalkan hukuman 12 tahun penjara dan denda sebanyak RM210 juta ke atasnya maka saya secara jujur, menarik nafas lega.


"Keputusan Mahkamah Persekutuan adalah satu hadiah paling berharga kepada 33 juta rakyat Malaysia yang akan menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini.


"Saya mulai percaya bahawa Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan berkenaan kesamarataan ternyata dapat dipraktikkan. Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang di Malaysia.


"Ini dapat dibuktikan apabila buat kali pertama di dalam sejarah, bekas Perdana Menteri berjaya diheret ke mahkamah, didakwa dan dibicarakan. Apabila sabit bersalah dihukum penjara dan didenda," katanya.


Bagaimanapun, katanya, masih ada sisi berguna yang boleh dikenang dalam pemerintahan Najib, iaitu pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sekian banyak memangsakan pembangkang dan aktivis sejak merdeka.


Katanya, beliau tidak perlu menjadi penyokong Najib untuk menghargai perkara itu.


"Malah dari segi politik kami bertentangan pendirian.


"Di Parlimen Najib di blok Kerajaan dan saya di blok pembangkang.


"Tetapi saya masih ada sedikit sebanyak rasa hormat kepada beliau sebagai mantan Perdana Menteri dan juga anak sulung kepada Allahyarham Tun Abdul Razak, pemimpin yang saya hormati.


"Ketika Najib menjadi Perdana Menteri, ISA dimansuhkan. Ini satu fakta yang perlu diakui," katanya.


Kepada penyokong Najib, Hassan menasihatkan mereka agar bersabar, bahawa tiada sesiapa di atas undang undang


"Saya berasa lega. Bukan kerana Najib Razak masuk penjara. Saya lega kerana akhirnya kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan dapat ditegakkan di Malaysia.


"Saya gembira kerana institusi kehakiman dapat kembali tegak, bebas dan bermaruah.


"Saya pernah berasa sedih ketika Anwar Ibrahim dibawa ke Penjara Sungai Buluh beberapa tahun yang lalu. Maka saya berasa simpati kepada penyokong-penyokong Najib terutama mereka yang beramai-ramai datang menaiki bas dari Pekan, Pahang," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page