top of page

Keputusan berunding dibuat parti, PH - Saifuddin Nasution



Debat Berani Bersemuka "Siapa Layak Bersama Anwar?" memberi kesempatan kepada calon Timbalan Presiden KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan apakah yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) sehingga terjadi perundingan bersama parti parti pembangkang lain termasuk dengan tokoh Umno pada tahun lalu.


Menurut Saifuddin, perundingan tersebut dilakukan dengan mandat penuh daripada PH dan bukannya idea peribadi beliau sendirian.


"Bila kerajaan PH jatuh parti berbincang dan keputusan diambil, tugasan diberikan kepada beberapa pimpinan tertentu. Saya tegaskan, ia bukan bermaksud Saifuddin berunding, ia merupakan keputusan kolektif setelah pimpinan parti dan PH berbincang.


"Berbeza dengan Saifuddin pandai pandai pergi bincang dan Saifuddin diberi peranan berbincang sesuai konsensus PH. Tugasan diberi untuk saya mendekati pimpinan Sabah dan Sarawak, juga parti di luar dari PH. Ahli Parlimen Bebas, parti Islam, Umno dan semua sekali. Yang kita perlukan bukan mereka berpindah parti tetapi komitmen sokongan. Sebab itu apabila tugasan dibuat, keputusan itu dibincang bersama, tasking diberi, jatuh pada saya maka saya laksanakan," katanya petang semalam.


Mengenai pertanyaan pendebat calon Timbalan Presiden Rafizi Ramli, apakah yang berlaku sehingga Presiden KEADILAN mengumumkan di Hotel Le Meridien bahawa beliau mempunyai sokongan cukup untuk membentuk kerajaan, Saifuddin menjelaskan pada ketika itu PH memang mempunyai dokumen lengkap sokongan Ahli Parlimen yang membolehkan kerajaan dibentuk.


"Pengumuman saudara Anwar (cukup sokongan), saya akui kita telah menghantar surat ke Istana Negara, Kita ada semua legal dokumen yang sah, yang membuktikan kita ada sokongan. Mana mungkin kita menghantar surat ke Istana Negara tanpa dokumen secukupnya, ini bukan main main, saya laksanakan tugas saya.


"Kalau penyudahnya tidak kesampaian tentu ada perkara lain. Namun keputusan saya berunding dalam pengetahuan kepimpiann parti dan PH. Kalau ini satu operasi sulit mana mungkin kita mengambil keputusan yang telus?


"Kalau ditanya kepada saya adakah saya kesal, saya hanya laksanakan keputusan pimpinan. Kalau itu tidak kesampaian maka ada hikmahnya, saya belajar dari situ," katanya dalam debat yang dianjurkan oleh Sinar Harian itu.


Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu juga menjelaskan bahawa strategi khemah besar hakikatnya bukan berasal daripada KEADILAN biar pun sering dikaitkan dengan beliau.


Namun dalam perundingan khemah besar itu, katanya, sudah tidak timbul isu berunding dengan Tun Mahathir, Muhyiddin, Azmin atau Zuraida kerana perundingan seperti itu telah gagal.


"Parti ada disipilin, ada kaedah membuat keputusan. Sebab itu saya ulangi bahawa pendekatan berunding adalah untuk menjurus kepada kedudukan selepas PH hilang kerusi dengan jumlah yang sangat kecil. Untuk satu tempoh kita mengusahakannya.


"Setelah menemui kegagalan kita move on dan tidak lagi bercakap berunding dnagan Mahahir, Muhyiddin, berunding dengan Bersatu, Azmin atau Zuraida kerana kita faham sentimen dalam parti ini (KEADILAN) ada watak yang paling mereka benci.


"Rundingan tetap wujud, cuma dengan DAP kita masih lagi berunding, nak runding kerusi, pilihan raya, skrip kempen, jentera, mobilisasi. Dengan Amanah kita berunding hal hal bersabit pilihan raya.


"Pendekatan berunding tetap pendekatan kita terima pakai. Pendekatan sekarang kita kenal pasti punca rakyat menolak kita dan kita akan kembali menemui rakyat dalam beberapa bulan nterdekat.


"Sebab itu kita selesaikan pemilihan parti dalam tempoh 10 hari dan kita tak mahu terjebak dengan hal masa silam," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page