top of page

Kepimpinan ulama berkat, Terengganu alami masalah bekalan air?



Tagline terbaharu Pas di Terengganu ialah 'pertahankan kepimpinan ulama kerana mempunyai berkat' dan hal itu menimbulkan tanda tanya melihat kepada kelemahan pentadbiran negeri.


Bagi Pengarah Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, modal terbaharu kempen Pas menjelang Pilihan Raya Negeri itu dipertikaikan kerana dalam al Quran keberkatan sering dibandingkan dengan air yang melimpah sebagai perumpamaan limpahan rezeki atau hidayah.


Namun katanya, bekalan air Terengganu yang diurus oleh kerajaan Pas sendiri pun sering terganggu dan terputus.


"Saya ingin melontarkan sedikit pertanyaan,di manakah maksud menumpang keberkatan ulama itu dalam situasi rakyat berdepan dengan masalah bekalan air?


"Saya sendiri sering berhadapan masalah tekanan air rendah terutama pada waktu subuh dan maghrib. Waktu di mana orang berlumba-lumba untuk beribadah, dan waktu subuh itu merupakan waktu yang berkat.


"Begitu juga dengan situasi yang dihadapi penduduk Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus yang begitu terkesan dengan masalah bekalan air


"Notis gangguan bekalan air pula sudah menjadi bahan jenaka kerana notis gangguan itu dikeluarkan hampir setiap hari, namun masalah tidak juga selesai," katanya dalam satu kenyataan.


Oleh itu, nasihat Ahmad Nadhir, Pas perlu mengubah kaedah cogankata kempen berdasarkan realiti setempat.


Jika tiada keberkatan, katanya, usahlah digunakan cogankata kepimpinan ulama membawa berkat di Terengganu.


"Di manakah realiti menumpang keberkatan ulama itu jika masalah bekalan air pun tidak dapat diselesaikan?


"Jika betul ulama Pas itu ada keberkatan sudah pasti masalah air ini sudah selesai, kerana air dan keberkatan itu saling berkait.


"Persoalannya adakah ulama Pas benar-benar berkat mengikut ajaran Islam yang sebenar," katanya lagi.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page