top of page

Kepimpinan tegas Ramanan berjaya pulihkan MITRA - Kumaresan



Kepimpinan tegas Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) Datuk R. Ramanan berjaya membawa harapan baharu dan keyakinan masyarakat India kepada badan mendanai bantuan itu.


Ahli Dewan Undangan Batu Uban, A. Kumaresan berkata, pendekatan tegas dan berani Ramanan dalam soal integriti dan penyaluran dana berjaya membawa pelbagai ‘penambahbaikan yang drastik’.


Lebih cemerlang katanya, ia dicapai hanya dalam tempoh lima bulan sejak Ahli Parlimen Sungai Buloh itu diberi amanah memimpin Pasukan Khas MITRA.


Selain itu jelasnya, Jaminan diberikan Ramanan bahawa tiada sebarang penyelewengan membabitkan dana agensi itu akan berulang, merupakan tekad yang ditunggu-tunggu masyarakat India setelah agensi itu sebelum ini dikaitkan dengan banyak kontroversi.

"Berdasarkan beberapa pengumuman di MITRA baru-baru ini, jelas sekali kita nampak badan itu kini lebih telus dan berintegriti dalam setiap pengagihan dananya kepada kumpulan sasar.


"Tahniah kepada Ramanan dan juga seluruh pasukan MITRA yang telah dan sedang berkerja bertungkus-lumus untuk memastikan agensi itu berada dilandasan yang betul sepertimana yang diharapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Inilah harapan dan objektif utama Perdana Menteri untuk menubuhkan Pasukan Petugas Khas ini," katanya dipetik.


Baru-baru ini Ramanan yang juga Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN telah mengumumkan peruntukan RM100 juta kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) menerusi Belanjawan 2023 telah diagihkan sepenuhnya dan memanfaatkan lebih 100,000 orang dan proses penyaluran dana sedang berjalan lancar secara berperingkat.


Pengagihan 100 peratus itu adalah pertama kali dicapai sejak 2016 yang mana peruntukan sebanyak RM100 juta masing-masing pada 2016 dan 2017 mencapai pengagihan 35 peratus dan 57 peratus.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page