top of page

Kepimpinan PMX semakin diyakini, New Zealand tingkat nilai dagangan



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Lawatan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon ke Malaysia yang berakhir hari ini mampu membuka lembaran lebih luas dalam hubungan kedua-dua negara.


Ianya bukan sahaja dalam hubungan diplomatik, tetapi juga bidang-bidang seperti pelaburan, perdagangan dan juga pelancongan.


Kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya itu memberi penekanan khusus berkaitan perkara tersebut.


Ini adalah lawatan pertama Christopher ke Malaysia dan memperlihatkan semakin ramai pemimpin negara luar berminat mengunjungi negara kita.


Tarikan utama


Sudah tentu tarikan utamanya ialah kestabilan, kemakmuran dan kepimpinan Malaysia yang meyakinkan mereka.


"Perdana Menteri New Zealand menunjukkan komitmen negaranya untuk mengukuhkan hubungan yang sedia terjalin, selain perbincangan yang komprehensif terhadap isu yang memberi kesan ke atas rantau ini, krisis di Ukraine serta situasi di Gaza," kata Anwar.


Sebulat suara tingkatkan kerjasama


Menurut Perdana Menteri, kedua-dua pihak juga sebulat suara untuk meningkatkan kerjasama dalam pertukaran pelajar dan industri halal.


"Perdana Menteri New Zealand bersetuju untuk meningkatkan kerjasama industri halal bagi memperkukuhkan perdagangan dua hala dengan Malaysia," tambahnya.


Christopher Luxon pula berkata, hasil perbincangan dengan Anwar, pihaknya juga bersetuju untuk meningkatkan nilai perdagangan dua hala sebanyak 15% menjelang 2030.


"Kerjasama ini adalah strategik bagi kedua-dua negara, terutamanya dalam mengurangkan halangan kepada aliran perdagangan, khususnya bagi produk utama seperti hasil pertanian dan produk tenusu.


"Kami juga kini sedang bekerja ke arah pelaksanaan pensijilan e-CO (Sijil Asal Elektronik) dan memperkukuhkan kerjasama dalam bidang kastam, yang bertujuan untuk mempercepat dan memperlancarkan aliran perdagangan di sempadan.


"Ini sekaligus dapat meningkatkan kecekapan logistik antara Malaysia dan New Zealand," katanya dalam sidang media bersama Anwar di Putrajaya semalam.


Menurut Luxon lagi, New Zealand dan Malaysia turut bersepakat mengukuhkan pautan pendidikan dan pertukaran belia supaya generasi masa depan kedua-dua mempunyai hubungan yang lebih erat.


Terbukti kini kepimpinan PMX menerajui kerajaan madani semakin diyakini oleh negara-negara luar untuk melabur dan mengadakan kerjasama erat dengan Malaysia.


*Kredit foto: SADIQ ASYRAF & AFIQ HAMBALI

_____________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Recent Posts

See All

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page