Kepimpinan PM Anwar wajar diteruskan penggal depan, perluas reformasi institusi
- Suara Keadilan

- 5 days ago
- 2 min read

Wanita KEADILAN menegaskan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, wajar diteruskan bagi penggal depan demi memastikan agenda reformasi institusi dapat dilaksanakan secara menyeluruh untuk kepentingan rakyat dan masa depan negara.
Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat, Datuk Ginie Lim berkata, usaha pembaharuan institusi yang digerakkan Kerajaan MADANI penting bagi membersihkan negara daripada kebejatan, budaya rasuah serta salah guna kuasa yang telah berakar sejak sekian lama.
"Wanita KEADILAN menegaskan bahawa kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar terus disokong bagi penggal seterusnya demi memastikan agenda reformasi institusi dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

"Usaha ini penting untuk membersihkan negara daripada kebejatan dan budaya rasuah, demi kebajikan rakyat serta masa depan Malaysia yang lebih cemerlang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, Wanita KEADILAN menyambut baik pelbagai inisiatif Kerajaan MADANI sepanjang tahun, khususnya penekanan terhadap reformasi institusi yang diumumkan Perdana Menteri dalam Perutusan Khas Tahun Baharu 2026.
"Cadangan menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun atau dua penggal merupakan langkah berani dan bertanggungjawab ke arah membentuk budaya politik baharu yang lebih telus, progresif dan demokratik," jelasnya.
Selain itu, menurut Ginie, komitmen politik PM untuk menyegerakan pelaksanaan janji reformasi membuktikan kesungguhan beliau melakukan perubahan sebenar ketika memegang tampuk kuasa.
"Setelah puluhan tahun berjuang di medan pembangkang, (PM) membuktikan kesungguhan beliau melakukan perubahan semasa memegang kuasa, bukan selepas kehilangan kuasa," katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa dalam tempoh tiga tahun kepimpinan Anwar, Kerajaan Perpaduan berjaya mengekalkan kestabilan politik, memacu pertumbuhan ekonomi serta menjaga kebajikan rakyat.
"Wanita KEADILAN yakin dengan kesinambungan reformasi institusi, rakyat akan terus menikmati manfaat daripada kekayaan negara yang semakin meningkat," katanya.
Sehubungan itu, Wanita KEADILAN menyatakan sokongan penuh kepada usaha Perdana Menteri untuk terus memimpin negara serta memperkukuh jentera kerajaan agar lebih mantap, berkesan dan berintegriti dalam melaksanakan dasar fiskal dan ekonomi di bawah Kerangka Ekonomi MADANI.









I agree that Deputy Prime Minister Anwar has brought about many positive reforms, particularly in combating corruption and stabilizing Steal Brainrot Game political system. But I wonder, are these measures strong enough to truly change long-standing mechanisms, or are there still many challenges ahead? Does anyone have any suggestions on how to promote reform more effectively?