Tragedi kepala air Gunung Jerai: Takiyuddin jangan 'lepas tangan' sebut takdir Allah



Kenyataan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat semalam yang mengakhiri perbahasan beliau berkenaan pembalakan haram dan tragedi 'kepala air' di Gunung Jerai sebagai takdir Allah dibidas Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah.


Timbalan Ketua AMK Kedah, Aizuddin Ariffin berkata, siasatan bebas dan komprehensif sewajarnya dilakukan berhubung tragedi yang meragut nyawa 6 mangsa itu dan tidak boleh disimpulkan sebagai takdir semata-mata.


"Walaupun, adanya kenyataan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang fenomena kepala air ini dikaitkan dengan hujan yang ekstrem pada 19 Ogos lepas, persoalannya bagaimanakah kuantiti sisa kayu terlalu banyak sehingga menyebabkan kerosakan infrastruktur di kawasan penempatan? Bukan itu sahaja, bagaimana pula banjir lumpur boleh terhasil sehingga setebal 1.5 meter?


"Oleh sebab itu, persoalan- persoalan yang saya bangkitkan ini harus dirungkai. Adakah terdapat aktiviti pembersihan hutan, bentuk guna tanah atau penukaran hutan?


"Bukan hanya terus menyalahkan takdir seperti yang dibuat oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Takiyuddin Hassan. Ternyata beliau mengambil sikap sambil lewa dan lepas tangan. Sikap tegas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menegur Menteri Tenaga dan Sumber Asli dalam sidang Dewan Rakyat itu harus dicontohi," katanya.


Aizuddin turut membawa firman Allah dalam surah surah Ar-Rum ayat ke-41 untuk menyedarkan pemimpin Pas bahawa kerosakan alam berpunca dari kerja-kerja tangan manusia sebagai mana maksud ayat: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan atas perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.


"Sekali lagi saya tegaskan agar kerajaan, sama ada di peringkat negeri atau pusat mengambil serius dan memastikan langkah sewajarnya bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang sama berulang," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER