top of page

Kenyataan Tajuddin sahkan Anwar punya majoriti bentuk kerajaan hujung 2020



Kenyataan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tengah hari tadi mengesahkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memang mempunyai majoriti untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu pada hujung 2020 lalu.


Semalam, Tajudin mengesahkan beliau menandatangani dan melihat sendiri Akuan Berkanun (SD) yang dikumpul untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri sebelum Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu mengumumkan sokongan yang dimilikkinya dalam sidang media di Hotel Le Meridien pada 22 September 2020.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, pengakuan Tajuddin itu membuktikan Anwar berkata benar dan kewibawaannya tidak wajar diragui sama sekali.


"Kenyataan Tajuddin mengabsahkan ikhtiar PH untuk mengambil semula mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum 2018.


"Kenyataan beliau hari ini juga menjelaskan bahawa memang benar PH dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai jumlah sokongan ahli-ahli Parlimen yang mencukupi untuk merampas semula kerajaan selepas mandat rakyat dikhianati melalui Langkah Sheraton.


"Justeru, ejekan sebahagian khalayak yang melantunkan kata-kata kononnya Datuk Seri Anwar berbohong apabila menyatakan beliau mempunyai sokongan yang kukuh dan meyakinkan pada 22 September telah pun terjawab dengan sendirinya," kata Shamsul.


Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu juga menegaskan alasan mengapa akhirnya usaha untuk mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri ke 9 ketika itu menemui jalan buntu, adalah disebabkan pengkhianatan pemimpin yang sebelum itu telah mezahirkan sokongan melalui Akuan Berkanun.


Oleh itu, tegas Shamsul, pemimpin seperti itu harus dikalahkan dalam Pilihan Raya Umum ke 15 dan segelintir yang lain harus melalui perbicaraan penuh mahkamah untuk menyelesaikan kes terhadap mereka.


"Kenyataan Tajuddin hari ini juga menzahirkan pengkhianatan dan agenda peribadi telah pun menggagalkan usaha dan ikhtiar untuk merampas semula Putrajaya.


"Sewajarnya kita sama sekali tidak boleh memberi ruang dan berkompromi kepada pemimpin yang telah dituduh dan disabitkan di mahkamah dengan amalan rasuah dan penyelewengan yang menjijikkan.


"Mereka mesti mempunyai hari mereka di mahkamah kerana undang-undang mesti dibenarkan untuk mengambil jalannya," kata Shamsul lagi.


Tajuddin berkata dalam sidang media tengah hari tadi bahawa beliau merupakan saksi hidup menyaksikan usaha pemimpin Umno dan PH untuk membentuk jajaran baharu kekuasaan selepas Tan Sri Mahiaddin Yassin diangkat sebagai PM pada Mac 2020.


"Jajaran baru... saya saksi hidup, tak usah nafi memang ada SD ditandatangan hendak sokong Anwar jadi perdana menteri, dan ada surat dihantar pada istana," katanya dipetik.


Tajuddin juga mengakui beliau turut menandatangi SD berkenaan selepas beberapa kali ditekan oleh pucuk pimpinan Umno.


"Saya tandatangan juga, saya saksi hidup, dia (Presiden Umno, Zahid) berbohong pada orang ramai...ahli di bawah ikutlah


"Memang ada tandatangan di Hotel Tamu di Kampung Baru, jangan nafi," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page