top of page

Kenyataan Muhyiddin menghina rakyat Sabah


Kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa bahawa Sabah tidak akan mampu membangun tanpa bantuan kerajaan persekutuan dianggap sebagai satu penghinaan kepada penduduk negeri itu.


Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majlis berkata kenyataan Muhyiddin itu seolah-olah menunjukkan bahawa beliau langsung tidak memahami kehendak rakyat Sabah ketika ini.


“Muhyiddin datang ke negeri ini sempena Hari Kemerdekaan dan beliau sepatutnya membawa erti kata ‘merdeka’ yang sebenar di mana kita bebas untuk menentukan hala tuju dan pembangunan negeri ini tanpa belenggu parti-parti politik yang mentadbir kerajaan pusat.


“Sekiranya beliau benar-benar ikhlas dan memahami perjuangan rakyat Sabah selama ini, maka dia sepatutnya beritahu kita bahawa sudah tiba masanya Sabah mendapat kembali hak-hak mereka sepertimana yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terutamanya dari segi pengagihan peruntukan yang sama rata antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.


"Tetapi amat mendukacitakan apabila dia telah mengatakan kepada kita semua bahawa Sabah perlukan bantuan dan belas kasihan kerajaan persekutuan untuk pembangunan dan ini mengambarkan bahawa negeri ini sebenarnya tidak merdeka.


"Kembalikan hak-hak Sabah dan agihkan peruntukan secara adil, kita sudah pasti mampu membangunkan negeri ini tanpa bantuan dari Persekutuan,” katanya seperti dilaporkan oleh Sabah News Today.


Munirah yang juga Ketua Wirawati Warisan memberikan contoh bagaimana penubuhan beberapa parti politik Sabah sejak merdeka menunjukkan bahawa rakyat Sabah mahu mentadbir negerinya sendiri.


“Pada awal 1960an, kaum Bajau dan Kadazandusun Murut telah memainkan peranan yang amat besar dalam sejarah pembentukan Persekutuan Malaysia dan ketika itu, kita tidak pernah memikirkan untuk menyerahkan maruah serta hak-hak kita kepada parti-parti yang menguasai kerajan pusat seperti Umno.


"Sekiranya pemimpin-pemimpin Sabah seperti Tun Mustapha dan Tun Fuad Stephens memikirkan bahawa pembangunan negeri ini akan hanya dicapai dengan menyokong atau mengundi Umno, maka tidak perlulah mereka menubuhkan parti sendiri seperti Unko dan Usno.


“Ini yang perlu disedari, kita harus mempertahankan maruah dan hak-hak Sabah bersama-sama dengan etnik yang lain dibawah pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.


“Kita membentuk Persekutuan Malaysia bukan kerana kita mahu dikongkong tetapi untuk menjamin keselamatan dan pembangunan negeri ini,” katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page