top of page

Kenyataan hina institusi di-raja: Polis tangkap 2 lelaki



Susulan kenyataan menghina institusi di-raja pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kelmarin telah menahan 2 lelaki berusia lingkungan 40an untuk siasatan lanjut.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Seri Mohd Shuhaily Zain, tangkapan tersebut dibuat mengikut Akta Hasutan dan Akta Komunikasi Multimedia.


"Pada 30 Ogos PDRM telah membuat tangkapan ke atas 2 lelaki warga tempatan kerana telah memuatnaik hantaran berkecenderunan menghasut dan mendatangkan penghinaan terhadap institusi diraja.


"Suspek pertama dipercayai pengendali akaun Facebook Flat Earth Malaysia berumur 41 tahun ditangkap di kampung Sungai Kati, Ipoh, Perak berhubung hantaran berbaur penghinaan terhadap Institusi DiRaja Johor


"Suspek kedua dipercayai pemilik atau pengendali akaun Facebook Iman Mustaqim berumur 47 tahun ditangkap kerana disyaki memuat naik hantaran mengandungi kenyataan menghina Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di kawasan Langkap, Perak," kata kenyataan itu.


Kedua dua suspek menurut polis ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama 3 hari mulai 31 Ogos hingga 2 September.


Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page