top of page

Kenyataan bercanggah moratorium: Menteri Kewangan harus berundur



Oleh: Redzuan Shamsudin Kekeliruan dalam kalangan rakyat mengenai pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) dan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) bahawa kadar faedah dikompaun dan terakru akan dikenakan dalam pelaksanaan penangguhan bayaran balik pinjaman tidak sepatutnya berlaku. Apatah lagi, Menteri Kewangan dan Menteri Komunikasi dan Multimedia kemudiannya menegur BNM agar memperbaiki komunikasi dan menjelaskan moratorium pembayaran pinjaman tidak termasuk isu pengenaan kadar faedah. Sebaliknya dalam kenyataan semalam, Menteri Kewangan menyarankan bank-bank melupuskan faedah terakru sepanjang moratorium dilaksanakan. Bagi Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, ketiadaan penyelarasan dasar dan komunikasi dalam isu berkenaan sejak dari awal telah menyaksikan kekeliruan dalam kalangan rakyat dan menyusahkan perancangan kewangan pasca perintah kawalan pergerakan (PKP). "Menteri Kewangan seharusnya mengambil tanggungjawab di atas kegagalan penyelarasan di antara Kerajaan, BNM dan bank-bank, serta kekeliruan yang timbul. "Ini kerana saranan beliau hanya dibuat 39 hari selepas pengumuman BNM pada 25 Mac, dan lebih sebulan sejak moratorium bermula pada 1 April. Sepatutnya isu ini diselesaikan bersama bank-bank lebih sebulan lalu. "Bagaimana Menteri Kewangan boleh membenarkan sebulan moratorium berlalu dan baru hari ini memberikan saranan? Mengapa pertemuan, perbincangan dan keputusan tidak dibuat di peringkat awal, sebelum atau sejurus selepas pengumuman rangsangan ekonomi YAB Perdana Menteri pada 27 Mac?" kata Fahmi dalam satu kenyataan Beliau mempertikaikan keprihatinan Menteri Kewangan meneliti situasi semasa, bahawa ramai yang telah hilang kerja atau tidak mendapat gaji sepanjang PKP. Beliau juga mempersoalkan apakah menteri telah membuat perkiraan perbelanjaan rumah tangga yang tepat berdasarkan kenyataan-kenyataan sebelum bermulanya moratorium. Menurut Fahmi lagi, nasib ekonomi negara dan rakyat hanya boleh diselamatkan dengan usaha terancang, terselaras dan bersungguh-sungguh oleh semua pihak termasuk pihak eksekutif. Oleh itu, katanya, Menteri Kewangan perlu menyelesaikan isu kadar faedah dengan segera. Sekiranya beliau hanya mampu mengeluarkan nasihat atau saranan maka jangan salahkan pihak lain dan beliau sendiri wajar mengundur diri.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page