top of page

Kenduri Rakyat Sg Petani raikan Ahli Parlimen baharu



Kenduri Rakyat di Sungai Petani petang ini diadakan bagi meraikan kejayaan Ahli Parlimen Dr Taufiq Johari (gambar atas, dua dari kanan) yang berjaya mengekalkan kerusi milik Pakatan Harapan (PH) tersebut yang sebelum ini disandang oleh bapa beliau Datuk Johari Abdul.


Dr Taufiq begitu teruja dengan kehadiran masyarakat berbilang kaum meraikan kejayaan bersama mengekalkan penguasaan PH di kawasan berkenaan


"Begitu teruja dengan kehadiran ribuan orang ramai khususnya warga Sungai Petani yang memeriahkan majlis "Kenduri Rakyat" pada hari ini.


"Majlis ini juga sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas dokongan jentera dan sokongan yang diberikan oleh warga Sungai Petani kepada pihak saya dan Parlimen Sungai Petani. Kerjasama dari anda semua amat saya hargai," katanya.


Datuk Seri saifuddin Nasution (kanan) meluangkan masa hadiri kenduri rakyat

Pemimpin PH dan kakitangan keselamatan yang hadir dalam kenduri rakyat itu antaranya ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Senator Saifuddin Nasution Ismail, Datuk Phahrolrazi Zawawi, saudara Tian Chua, saudara Tan Kok Yew (Pengerusi DAP Kedah), Datuk Dr Ismail Salleh (ADUN Pengkalan Kundur), Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan (Ketua Polis Daerah Kuala Muda), Mohd Rodhi Rejab (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani), pimpinan KEADILAN di peringkat Cabang, AMK dan Wanita serta ramai lagi termasuk dari Amanah dan NGO.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page