top of page

Kenapa ubahsuai kediaman PM RM30j waktu hadapi pandemik Covid 19?



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia terkilan terhadap pengubahsuaian kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia di Seri Perdana ketika rakyat menghadapi kesukaran ekonomi akibat pandemik Covid 19.


Ketua AMK Malaysia, Akmal Nasir berkata, projek yang menelan kos RM30 juta tersebut begitu membazir ketika para penjawat awam dipotong gaji untuk memenuhkan Akaun Amanah Bencana .


"Pada Jun lalu Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali memaklumkan penjawat awam bakal menyumbang imbuhan dinikmati mereka selama tiga bulan kepada Akaun Amanah Bencana yang dianggarkan berjumlah RM30 juta.


"Dimaklumkan ia sebagai manifestasi solidariti penjawat awam dalam membantu kerajaan mendepani Covid-19 yang serius ketika ini.


"Dalam keadaan negara berdepan krisis pandemik dan krisis ekonomi sehingga memaksa penjawat awam menyumbang imbuhan milik mereka, adalah tidak patut kerajaan membazirkan sehingga RM30juta untuk menaik taraf kediaman Perdana Menteri hanya

untuk memastikan imej negara dalam menyambut tetamu-tetamu utama semasa program-program rasmi Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru itu lagi, peruntukan RM30 juta tersebut sepatutnya digunakan buat memperkukuhkan sektor kesihatan mahupun membantu rakyat yang terkesan dari segi ekonomi, bukannya untuk bermegah-megah mencantikkan kediaman PM.


"Ini bukanlah masa sesuai melakukan pembaziran demi kemewahan kediaman Perdana Menteri.


"Selain untuk kegunaan memerangi Covid-19, dana ini juga boleh digunakan bagi membaik pulih rumah mangsa-mangsa banjir yang rosak dan bukannya membaik pulih kediaman Perdana Menteri yang serba mewah.


"Rakyat sedang berkorban termasuk memberi hasil titik peluh mereka dimanfaatkan kerajaan. Membazir RM30 juta untuk kemewahan seolah-olah mengkhianati pengorbanan rakyat," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page