Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid hairan dengan sikap bekas Perdana Menteri (PM) selama 24 tahun Tun Mahathir yang terus-menerus menyerang Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya tidak wajar Mahathir terus menyerang Anwar dengan menggunakan perbandingan krisis matawang 1998 sedangkan ketika itu Anwar tidak dberi peluang menyudahkan tugasnya memulihkan ekonomi. Beliau dipecat dan diaibkan.
Sedangkan, kata Abdullah, kebijakan yang diambil oleh Mahathir dalam menangani ekonomi pada 1998 melalui operasi menyelamatkan para kroninya menyebabkan ekonomi Malaysia terus tidak mapan sehingga ke hari ini. Terus dibebani taikun-taikun dan orang-orang politik yang mencari kekayaan namun tidak mempunyai bakat tulen dalam perniagaan.
Oleh itu itu, kata Abdullah, tidak hairan mengapa Mahathir gentar jika Anwar akhirnya dilantik sebagai PM. Mahathir amat pasti Anwar mampu menyelematkan Malaysia, merobah sistem ekonomi dan membina semula negara.
Justeru legasi dan kehebatan Mahathir akan tenggelam dibayangi kehebatan Anwar dalam melakukan penjajaran semula ekonomi dan politik negara.