top of page

Kenang perjuangan, pengorbanan hijrah Nabi – Anwar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 7, 2024
  • 1 min read

ree

Umat Islam di negara ini diseru supaya terus beristiqamah dalam kebaikan serta berhijrah dari mungkar kepada makruf.


Seruan itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan tahun baharu Hijrah 1446 yang disambut hari ini.


Katanya, umat Islam perlu mengenang peristiwa ulung hijrah Rasulullah dan keberhasilan umat mendirikan kota Madinah, yang menuntut sebuah pengorbanan.


"Perjuangan bagi meraih cita-cita yang tinggi tentunya menuntut pengorbanan.

"Tatkala kita mengenang peristiwa ulung Hijratur Rasul dan keberhasilan umat mendirikan kota Madinah, harus jua kita mengingat episod derita dan sengsara yang telah menyelubungi umat selama bertahun lamanya.


"Namun baginda tetap mendidik umat agar bersabar dan yakin dengan janji-Nya," katanya sambil mengajak umat Islam berhijrah daripada kemelampauan kepada kesederhanaan dan dari keangkuhan kepada ketawadukan serta kesyukuran.


Awal Muharram atau Maal Hijrah adalah peristiwa sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.


Melalui kenyataan sama Perdana Menteri berkata, dasar kenegaraan yang mencerminkan sikap rahmah dan adil buat semua mampu diterbitkan daripada kekuatan rohani.


"Sesebuah daulah akan sentiasa dalam berkat kejayaan (falah) selagi mana dipaculkan akhlak dan nilai yang mulia dalam kehidupan masyarakatnya.


"Semoga Allah SWT memberkati tiap langkah dan ikhtiar kita, kullu 'am wa antum bi khayr," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page